Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Level baru & “Thicc Bonkus” akan hadir untuk Fall Guys: Season 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2020
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4
0 0
0
Level baru & “Thicc Bonkus” akan hadir untuk Fall Guys: Season 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Devolver Digital dan Mediatonic telah mendedahkan level “Knight Fever” dan halangan terbaru bernama “Thicc Bonkus” yang ditambahkan untuk Fall Guys: Season 2 bagi pelantar PS4 dan PC. Jangan tersilap dengan nama kedua-dua tambahan ini yang bergaya kerana ia jauh sekali berbeza daripada apa yang anda jangkakan.

BEAN SPILLING POST

Announcing dates always feels like you're cursing things, but it's Halloween month, so let's get cursed!

🔥 Season 2 launches on Thursday 8th October 🔥

Season 1 will now end as Season 2 begins and we're going to DOUBLE fame points during this time! 👀 pic.twitter.com/J9TFIZ1BDd

— Fall Guys (@FallGuysGame) October 2, 2020

Menurut pengumuman rasmi, Knight Fever ialah peringkat eksklusif untuk pusingan awal permainan. Ini bermaksud ia akan menyingkirkan sebanyak 25% jumlah pemain dalam setiap perlawanan. Seperti namanya, Knight Fever bertemakan abad pertengahan, dan jika dilihat daripada segi peringkat lain, ia kelihatan sedikit lebih mencabar daripada yang lain. Ini disebabkan oleh kawasan lalu lintas yang padat di mana pelbagai situasi huru-hara pasti akan berlaku.

I'm very pleased to announce the latest character in the Fall Guys Cinematic Universe…

T H I C C B O N K U S

Coming to Fall Guys Season 2 on October 8th

Reply with THICC BONKUS if your bean is ready 👀 pic.twitter.com/bs8y2tc1AV

— Fall Guys (@FallGuysGame) October 5, 2020

Bagi Thicc Bonkus, saya masih tidak jelas apa sebenarnya jenis halangan ini. Gambarnya telah dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi Fall Guys di atas, dan ia kelihatan seperti alat penyiksaan abad pertengahan yang kita selalu lihat di kaca televisyen. Malangnya, kita semua perlu menunggu sehingga Season 2 keluar untuk melihat dan merasa level Knight Fever dan Thicc Bonkus, Nasib baik lah Season 2 sudah dekat, dan bakal bermula  beberapa hari lagi.

Fall Guys boleh didapati melalui PS4 dan PC, dan buat masa ini, tidak ada kata lain untuk pelantar tambahan, termasuk Xbox One, Nintendo Switch, PS5, Xbox Series X, Xbox Series S, dan peranti mobile.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: devolver digitalKnight FeverMediatonicSeason 2Thicc Bonkus
Previous Post

Ulasan FIFA 21: Pilihan ofensif yang lebih variasi untuk mudah “buka game”!

Next Post

Deku mengamuk! Kini dia mencapai level Rage Mode yang gempak di My Hero Academia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Deku mengamuk! Kini dia mencapai level Rage Mode yang gempak di My Hero Academia!

Deku mengamuk! Kini dia mencapai level Rage Mode yang gempak di My Hero Academia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd