Elden Ring baru sahaja keluar pada bulan lepas. Namun pada hari ini, ada pemain yang telah menghabiskan Elden Ring dengan catatan masa dibawah 30 minit lalu mencipta rekod dunia. Pemain yang mencipta rekod ini bernama Distortion2. Tahniah kepada Distortion2 atas pencapaian dalam speedrun ini.

Selepas habis sahaja bermain game ini dengan 100% lengkap. Pemain ini terus buat speedrun dengan bukan 100% dan mencipta rekod dunia secara langsung di Twitch dan memuat naik gameplaynya didalam Youtube. Anda boleh tengok video speedrun tersebut di Youtube. Untuk pengetahuan anda, speedrun ini menggunakan kelebihan bug, glitch, skip, atau exploit untuk pemain menghabiskan game ini secepat yang mungkin dan tidak 100% lengkap.
Dengan adanya gameplay bawah 30 minit, tidak mustahil untuk dihabiskan dengan lebih cepat selepas ini. Elden Ring mempunyai lebih banyak pilihan kawasan daripada game-game yang yang pernah dibangunkan oleh FromSoftware.

Pemain boleh bergerak bebas untuk melepasi segelintir bos yang berada di tepi dan struktur open world sangat membantu pemain untuk menjangkau ke kawasan yang lain. Selain itu, pemain juga menemukan beberapa kawasan yang pecah bagi membolehkan pemain menjangkau ke tempat yang lain menggunakan bug yang tertentu.
Terdapat glitch terbesar didalam game ini yang membuatkan pemain teleport dan tiada pemain yang mengetahui cara nak buat dengan cara yang tepat.
Kepada yang tidak tahu, Elden Ring adalah action RPG. Game ini dibangunkan dengan kerjasama George R.R. Martin, yang menyediakan bahan-bahan untuk game setting. Game ini menggunakan perspektif orang ketiga, dan pemain boleh mengembara kemana sahaja. Elemen gameplay termasuk, fights, looting, horseback riding, interaksi dengan NPC dan mengekalkan status karakter melalui menaikkan tahap, menajamkan kelengkapan dan senjata dan belajar menggunakan magik. Korang tak nak cuba cipta rekod habiskan Elden Ring pemain ini ke?
Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post