Apex Legends baru sahaja hadir dengan musim pertamanya yang dilancarkan pada 19 Mac yang lalu. Dalam musim pertama, pemain diperkenalkan dengan Octane, iaitu watak legend terbaru yang mampu bergerak 30% lebih cepat dalam masa 8 saat tetapi akan mengambil 10% health. Namun, baru-baru ini tersebar satu khabar daripada website Sony sendiri yang mengatakan Apex Legends akan mempunyai dua Legend terbaru. Kita sudah tahu tentang Octane, jadi siapakah Legend seterusnya?

Walaupun pihak Respawn sendiri berjanji untuk keluarkan banyak lagi Legend dalam game ini pada masa akan datang, namun masih belum ada sebarang pengumuman tentang watak terbaru yang pemain boleh harapkan. Tapi Sony sendiri “terbocorkan” tentang adanya dua Legend terbaru mengikut websitenya yang bertulis “Dua karakter terbaru akan dilancarkan sepanjang musim berjalan.” Ini bermaksud, kita mungkin akan dapat melihat Legend terbaru pada musim pertama, ataupun dalam jangka masa 12 minggu ini.
https://www.youtube.com/watch?v=wl7Z9MpmLI8
Malah, Shroud sendiri berkata yang dia pernah menggunakan kedua-dua Legend iaitu Octane dan Wattson, sebelum pelancaran game ini lagi untuk playtest. Bercakap mengenai Wattson, iaitu karakter yang telah lama terbocor dan dijangka akan keluar pada musim ini, Shroud berkata:
Octane dan Wattson adalah dua karakter terbaru yang dibenarkan untuk playtest sebab Respawn sendiri tahu yang kedua-dua karakter ini akan dikeluarkan pada musim pertama.” “Banyak lagi karakter lain yang ada, tetapi pada masa itu, hanya Octane dan Wattson diterhadkan untuk playtest.”
Kebanyakan info yang bocor ni dikaitkan Octane dengan Wattson di mana Wattson mempunyai ability untuk menggunakan Tesla Trap. Sama ada Wattson akan keluar pada musim pertama atau tidak, itu masih belum disahkan oleh Respawn. Ini bermaksud pemain harus tunggu selama 3 bulan untuk pastikan kehadiran Legend tersebut. Musim kedua akan bermula pada bulan Jun, jadi pemain boleh menikmati Legend Octane terdahulu dan cuba untuk dapatkan trickshot dengan Octane!
Sumber: PC Games Sn
@gamersantaimy
Discussion about this post