Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Left 4 Dead 2 mungkin akan tiba di mobile, menurut info bocor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2022 - Updated on September 9, 2022
in Artikel, Berita, Khabar angin, Mobile
0 0
0
[UPDATE] Left 4 Dead 2 mungkin akan tiba di mobile, menurut info bocor!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Kami menerima info sah bahawa projek “Left 4 Dead 2 Mobile” sebenarnya adalah palsu. Info kemas kini boleh dibaca di SINI.

Artikel original adalah seperti berikut:


Mesti ramai yang ingat zaman bermain Left 4 Dead 2 di “cyber cafe” kan? Memang legend! Di sini, saya datang dengan berita gembira kerana Left 4 Dead 2 kemungkinan akan datang ke platform mobile, menurut info “rating/penilaian permainan video” di Australia.

Seperti yang korang dapat lihat di bawah, info ini masih baru dan baru sahaja diumumkan dua hari lepas pada 2 September 2022. Produk juga tergolong dalam kategori “Computer games”, jadi ia pasti adalah game.

Tidak maksud akal jika mereka keluarkan game PC (memandangkan rating untuk versi PC sudah lama wujud), jadi adakah ini bermaksud kita akan melihat Left 4 Dead 2 di mobile?

Selain itu, senarai penerbit menyenaraikan CB&AKG Games, yang merupakan penerbit untuk game Blizzard Entertainment di Indonesia dan Filipina.

Satu lagi perkara menarik adalah game ini mempunyai klasifikasi “General/Umum”, yang bermaksud ia boleh dimainkan oleh majoriti orang. Hakikatnya, Left 4 Dead 2 sebenarnya terkenal kerana keganasannya yang melampau hingga mencetuskan pelbagai kontroversi, lantas membuatnya menerima penilaian “Matured” di game original.

Itu tidak pelik. Oleh kerana pemain mobile sangat ramai, para pemaju mungkin terpaksa mengurangkan tahap keganasan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penilaian klasifikasi.

Bagi mereka yang tidak tahu, Left 4 Dead 2 meninggalkan impak yang besar semasa dilancarkan. Dibangunkan oleh Valve, ia adalah game FPS yang memfokuskan pada kerjasama antara pasukan di mana kita harus bertahan hidup menentang gerombolan zombie.

Game ini mempunyai dua mode: mode 4 pemain dan mode 8 pemain yang menjadi popular di kalangan gamer kafe siber ketika masing-masing cuba sedaya upaya untuk mara ke tahap seterusnya.

Left 4 Dead 2 menerima banyak pujian dan bersama kemas kini yang berterusan, berjaya kekal hidup hingga ke hari ini walaupun jumlah pemain semakin mengecil.

Seperti yang korang semua tahu, platform mobile menjadi perhatian besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi. Kini, majoriti telefon pintar sangat canggih dan mampu menjalankan game yang grafiknya intensif seperti Genshin Impact dan Apex Legends Mobile.

Jadi saya tidak terkejut andai kata Left 4 Dead 2 memang mempunyai rancangan untuk meluas ke pasaran mobile.

Untuk segala liputan kami tentang game mobile, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: left 4 dead 2Mobile
Previous Post

Dapatkan LEGO Brawls sekarang di PS, Xbox, Switch & PC! Gabungan LEGO & game lawan!

Next Post

[Interview] Destroy All Humans 2 – Reprobed bersama Martin Kreuch

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
[Interview] Destroy All Humans 2 – Reprobed bersama Martin Kreuch

[Interview] Destroy All Humans 2 - Reprobed bersama Martin Kreuch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd