Sudah banyak anime yang menggunakan CGI untuk meningkatkan kualiti animasinya malah ada beberapa siri yang menggunakan CG 3D sepenuhnya seperti filem Dragon Ball Super: Super Hero, Hi-Score Girl dan lain-lain. Walaupun begitu, ada juga beberapa siri yang gagal untuk laksanakan penggunaan CGI dengan baik, menyebabkan penonton terkejut melihatnya. Inilah yang terjadi kepada siri anime baharu “KamiKatsu: Working for God in a Godless World.”
Episod pertama KamiKatsu yang ditayangkan pada minggu lepas nampaknya membuka mata ramai penonton. Penceritaannya boleh tahan tetapi ada satu adegan CGI yang sangat-sangat dahsyat rupanya.

Gabungan antara elemen 2D dan 3D kelihatan sangat pelik dan janggal. Ia seperti model yang tidak siap, kelihatan kaku dan tidak begitu banyak pergerakan. Memang kecoh juga semasa episod pertama ini ditayangkan. Sampai ada beberapa yang membandingkan CGI tersebut dengan siri seperti Berserk dan penyu Shield Hero.
Nasib baik keseluruhan episod kelihatan baik. Hanya babak CGI ini sahaja yang mengecewakan penonton. Anda boleh lihat klip melalui tweet di bawah:
Tentang Kamikatsu
Ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Aoi Akashiro dan Hangetsubansonsyo. KamiKatsu telah diterbitkan melalui majalah Monthly Hero’s pada 2019 sehingga sekarang. Berikut adalah sinopsis siri:
“Sebagai pewaris kepada ketua cult, Yukito telah memfokuskan hidupnya pada dewi Mitama yang misteri. Tetapi segala-galanya berubah selepas dia terbunuh semasa sesuatu yang buruk berlaku semasa ritual. Yukito telah dilahirkan semula ke dunia yang tidak mempunyai konsep tuhan! Di dunia ini, hidup dan mati ditentukan oleh Imperial State. Ketika Yukito berjuang untuk melindungi kampung barunya, seseorang daripada kehidupan lampaunya telah menghulurkan bantuan.”
Apa pendapat anda mengenai CGI anime tersebut? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post