Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih dari 500 demo percuma kini boleh dicuba di acara Steam Game Festival!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Demo, Pameran/Expo, PC, Platform, Steam
0 0
0
Lebih dari 500 demo percuma kini boleh dicuba di acara Steam Game Festival!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam Game Festival sudah tiba dan bersamanya, ia menawarkan pelbagai promosi, demo percuma dan banyak lagi. Yang paling menarik sudah tentu ialah demo percuma di mana acara kini menampilkan beratus-ratus demo untuk pemain cuba selama minggu ini.

The #SteamGameFestival is live now! 🎮✨

Come play what's next with hundreds of demos of upcoming games, available to play for free from now 'til February 9th!

Stick around for livestreams, developer Q&As + more!https://t.co/WQaae9OYN7 pic.twitter.com/zGiuzNrwLB

— Steam (@Steam) February 3, 2021

Demo yang tersedia terdiri dari pelbagai jenis permainan, jadi ini adalah peluang terbaik untuk menguji beberapa game baru sebelum ia dilancarkan. Menurut Steam, terdapat lebih dari 500 demo berbeza untuk kita bermain tetapi saya telah menyenaraikan beberapa game yang anda patut cuba dahulu.

  • Chicory: A Colorful Tale – bantu seekor anjing mengembalikan warna ke bandarnya yang hitam-putih.
  • Mamiya – dalam novel visual ini, Mamiya muncul setelah seseorang individu mati. Kini keadaan menjadi semakin huru-hara dan berbahaya.
  • Shachibato! President, It’s Time for Battle! Maju Wars – sebuah strategi RPG berdasarkan Shachibato!
  • SkateBIRD – game skateboarding tetapi memakai burung.
  • Sword Reverie – game VR yang diilhamkan oleh genre isekai di mana anda adalah pahlawan yang dipanggil ke dunia lain.
  • Windjammers 2 – game yang menggabungkan sukan frisbee dan bola sepak yang kompetitif.

Sekiranya pilihannya terlalu banyak, halaman Steam Game Festival mempunyai alat untuk membantu pengguna mencari game pilihan mereka. Anda boleh menyemak senarai mengikut tag, genre, atau ciri-ciri lain.

Sekiranya ada masa, cuba lah Steam Game Festival yang berlangsung dari sekarang hingga 9 Februari. Pastikan anda dapat mencuba seberapa banyak permainan yang boleh sebelum acara berakhir. Ayuh kawan-kawan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoPercumasteamSteam Game Festival
Previous Post

Total War: Warhammer 3 didedahkan, akan datang tahun ni dan Pre-order dibuka!

Next Post

Antologi Manga baru Death Note berkongsi paparan pertama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Antologi Manga baru Death Note berkongsi paparan pertama

Antologi Manga baru Death Note berkongsi paparan pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd