Para gamer di Malaysia boleh bergembira kerana pelbagai kod topup untuk beberapa game popular kini boleh didapati di kedai 7-Eleven. Sama ada korang suka main PUBGM atau jenis gamer yang cuba macam-macam di Steam dan MyCard, anda kini boleh mendapatkan pin topup dalam pelbagai pakej daripada kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia.

Kod Steam Wallet tersedia dalam enam denominasi iaitu:
- RM5
- RM10
- RM20
- RM50
- RM100
- RM200
Manakala, kod PUBG Mobile pula tersedia dalam:
- 300+25UC (RM22)
- 600+60UC (RM44)
- 1500+ 300UC (RM110.10)
Lebih-lebih lagi, korang juga boleh mendapatkan kod tambah nilai MyCard dalam enam pakej iaitu:
- 150pts (RM21)
- 350pts (RM49)
- 400pts (RM56)
- 450pts (RM63)
- 500pts (RM70)
- 1,000pts (RM140)
Cepat-cepat pergi ke kedai 7-Eleven terdekat dan dapatkan kod tambah nilai untuk game kegemaran korang sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi 7-Eleven atau halaman FB rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post