Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih 8000 pemain Genshin Impact sanggup berjalan dari Liyue ke Inazuma!

Maira by Maira
March 30, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Lebih 8000 pemain Genshin Impact sanggup berjalan dari Liyue ke Inazuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menyepi, Hoyoverse telah mengembalikan statistik Genshin Impact iaitu Teyvat Times! Lagi sekali kita telah dikejutkan dengan cara bermain pemain Genshin Impact yang pelik-pelik belaka. Paling hebat sekali apabila lebih daripada 8000 pemain telah berjalan kaki dari Liyu Harbor ke Inazuma. Lain macam cara mereka ini mencabar diri. Padahal ada sahaja cara lain seperti teleport.

Teyvat Times Returns With a Bang!

Hello Travelers~ After a long time, Teyvat Times is finally back again!

If you can think of any other interesting things that you would like Paimon to report on, go ahead and write it in the comments! #GenshinImpact pic.twitter.com/pRibxqr5Ut

— Genshin Impact (@GenshinImpact) March 29, 2022

Kalau hanya berjalan sahaja, ia sedikit susah memandangkan ada ribut petir Raiden yang menghalang perjalanan. Jadi, pemain yang berjalan ini akan menggunakan khidmat bot Beidou sebelum meneruskan perjalanan mereka. Tetapi ada juga yang sanggup menggunakan laut, dan sudah tentu tidak berakhir dengan baik. Lebih daripada 13 ribu pemain telah lemas kerana kehabisan stamina dan lebih 17 ribu pemain telah dipanah petir.

Selain itu, hampir 165 ribu pemain yang pergi melawat kuil atau shrine setiap hari untuk melihat nasib mereka. Sudah tentu ramai yang mencuba nasib untuk gacha selepas mendapat “Great Fortune” pada slip mereka. Lebih daripada 41 ribu pemain berjaya mendapatkan “Great Fortune” dan 10 ribu pemain telah mendapat “Great Misfortune”. Tabah sahajalah dengan nasib yang tidak begitu baik.

 Genshin Impact

Selepas kawasan Enkanomiya dibuka, sebanyak 136 ribu pemain berjaya membuka kesemua Teleport Waypoint dalam masa satu hari sahaja. Ramai juga yang cuba untuk 100% kawasan Inazuma hari tersebut.

Bercerita mengenai Serenitea Pot pula, lebih daripada 40% pemain telah memilih “Floating Abode” sebagai layout Serenitea Pot mereka untuk pertama kali. Selain itu, terdapat 275 anjing yang dibela di Serenitea realm. Dianggarkan terdapat dua ekor anjing yang dibela untuk setiap satu realm. Untuk pertukangan perabot pula, hampir 6 juta perabot yang dihasilkan dalam sehari! Bukan setakat itu sahaja, ada seorang pemain telah mengutip lebih 22 ribu kayu dalam masa sehari, semata-mata untuk furnishing. Gigih sungguh pemain tersebut menebang.

 Genshin Impact

Harap-harap Teyvat Times ini akan terus memberikan maklumat sebegini. Agak menarik apabila kita dapat melihat perkara lain yang dilakukan pemain Genshin Impact seluruh dunia. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact.

Sumber: Twitter

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactTeyvat Times
Previous Post

Servis PS Plus tidak menawarkan game eksklusif yang baru dilancarkan

Next Post

Baru dua tahun dalam pasaran, Fast & Furious Crossroads akan dihentikan mulai 29 April!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Baru dua tahun dalam pasaran, Fast & Furious Crossroads akan dihentikan mulai 29 April!

Baru dua tahun dalam pasaran, Fast & Furious Crossroads akan dihentikan mulai 29 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd