Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini ramai pemain yang tak puas hati apabila bermain game Apex Legends, sebab mereka pasti akan terjumpa sekurang-kurangnya satu cheater ataupun hacker selang beberapa game. Menurut subreddit post Apex Legends baru-baru ini, Respawn telah dedahkan yang studio itu sudah pun banned lebih dari 355,000 cheaters yang bermain game tersebut di PC! Syabas diucapkan kepada servis perkhidmatan Easy-Anti-Cheat.
We've got a quick Respawn Check In for you tonight addressing a few topics. Enjoy and have a great weekend! https://t.co/nVz8si7VJP
— Apex Legends (@PlayApex) March 9, 2019
Menurut pengurus komuniti Respawn, Jay Frechette, dalam post tersebut juga turut menyatakan yang
“Usaha untuk membanteras cheaters masih lagi berjalan seperti biasa dan akan kami teruskannya serta akan lebih berhati-berhati dalam misi ini.” “Kami mengambil perkara seperti cheating ini sangat serious, dan juga mengambil berat sepenuhnya terhadap semua pemain Apex Legends.”
Studio itu juga berkongsi beberapa cara yang mereka ingin lakukan untuk memerangi cheaters ini pada masa hadapan. Ini termasuklah bekerjasama dengan pakar di dalam dan luar EA, memberikan lebih banyak sumber kepada pasukan anti-cheat mereka dan juga akan menambah sistem report supaya pemain dapat terus melaporkan cheaters dalam game ini secara langsung.

Selain itu, post tersebut juga sedar tentang isu spam ketika pemilihan karakter, dan berkata mereka sedang mencuba yang terbaik untuk baiki dan berikan solusi. Mengenai crash yang sering berlaku, Respawn akan bekerjasama dengan AMD minggu hadapan untuk berbincang mengenai stability dan juga performance.
“Patch PC seterusnya akan mengambil berat tentang crash tersebut tapi masih banyak lagi perkara yang kami perlu buat sebab kami masih belum kenalpasti kesemua crash yang ada setakat ini.”
Cheaters ni sebenarnya bukan sahaja buatkan ramai pemain rasa tak puas hati tapi juga pengalaman mereka yang bermain jadi kurang seronok. Sebagaimana yang kita tahu, perkara-perkara macam ini memang tak dapat dielakkan dalam semua games, malah minggu lepas pun kami ada dedahkan pasal cheaters ni. Namun, tindakan yang terbaik diambil oleh pihak Respawn sendiri untuk membanteras cheaters dengan serious perlu diberi sokongan. Mereka sedang bekerja keras untuk tingkatkan mutu permainan daripada terus merosot!
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post