Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

League of Legends SEA Server Akan Digabungkan Pada Awal 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2024
in Artikel, Berita, MOBA, PC, Tempatan
0 0
0
League of Legends SEA Server Akan Digabungkan Pada Awal 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita besar untuk pemain League of Legends di Asia Tenggara, kerana gabungan server Thailand, Filipina, dan Singapura/Malaysia/Indonesia akhirnya akan menjadi kenyataan! Riot Games telah mengesahkan bahawa semua server League of Legends ini akan digabungkan menjadi satu server Asia Tenggara (SEA), memberikan peluang kepada pemain dari seluruh rantau untuk menikmati pengalaman permainan yang lebih bersatu dan menarik.

Kredit: RIOT Games

Penggabungan server SEA ini akan dimulakan bersama League of Legends patch 15.1 yang bakal dilancarkan pada 9 Januari 2025 (waktu SEA). Patch ini akan menandakan permulaan musim pertama di bawah model musiman baharu League, menyambung semula keseronokan selepas tamatnya Arcane Musim 2.

Pemain hanya perlu mengemas kini klien permainan mereka sebaik sahaja patch 15.1 dilancarkan untuk menikmati pengalaman baharu ini.

Kredit: RIOT Games

Keputusan Riot untuk menggabungkan server adalah untuk meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan. Gabungan ini akan:

  • Meningkatkan matchmaking: Dengan jumlah pemain yang lebih besar, matchmaking akan menjadi lebih pantas dan lebih tepat, memastikan anda dipadankan dengan rakan sepasukan dan lawan yang setaraf dengan tahap kemahiran anda.
  • Mengurangkan lag dan isu sambungan: Infrastruktur server yang disentralisasi memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan sambungan yang lebih stabil di seluruh lokasi terlibat.

Apa yang Akan Dipindahkan ke Server SEA Baharu?

Perkara Yang Akan Dipindahkan:

  • Riot ID
  • Skin champion, skin ward, dan emote
  • Level Summoner dan Level Honor
  • Inventori Hextech Crafting
  • Senarai Rakan
  • Baki Blue Essence (BE)
  • Tahap Mastery Champion
  • MMR tersembunyi (akan disesuaikan dengan rantau baharu)
  • Statistik seperti jumlah permainan atau takedown
  • Kemajuan event pass

Perkara Yang Tidak Akan Dipindahkan:

  • Victory Point
  • Forum badge

Untuk pembelian RP, jangan risau, kerana harga akan terus menggunakan mata wang tempatan seperti sebelum ini.

Tandakan tarikh 9 Januari 2025 dalam kalendar anda dan bersiaplah untuk merasai pengalaman bermain League of Legends yang lebih epik di server SEA yang baharu ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: League of legendsMOBASEA server
ShareTweetSend
Previous Post

PS2 Rasmi Menjadi Konsol Terlaris Sepanjang Zaman! Sebanyak 160 Juta Unit Terjual!

Next Post

Shuhei Yoshida Tinggalkan Sony Interactive Entertainment Selepas 31 Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Shuhei Yoshida Tinggalkan Sony Interactive Entertainment Selepas 31 Tahun

Shuhei Yoshida Tinggalkan Sony Interactive Entertainment Selepas 31 Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd