Semasa livestream Gamescom berlangsung, pembangun Bloober Team telah mendedahkan trailer terbaru untuk penceritaan semula Layers of Fears. Kalau anda ingin tahu, Layers of Fears yang terbaru ini akan memberikan kandungan eksklusif tambahan kepada ceritanya.
Kandungan tambahan tersebut ialah cerita “The Final Note” yang berfokuskan kepada isteri watak pelukis dalam Layers of Fear. Jika dilihat pada trailer, isterinya merupakan seorang ahli muzik dan tidak pernah diceritakan dalam game terdahulu. Selain itu, terdapat juga lokasi baru yang akan tersedia dan menghubungkan penceritaan Layers of Fear dan Layers of Fear 2. Jadi anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku dalam dunia game itu.

Tentang Layers of Fears
Ia merupakan sebuah game seram psikologi yang berlaku pada awal abad ke-20. Anda akan menerokai kehidupan dan tragedi keluarga yang dilanda dengan perkara gila dan ini membuatkan mereka sendiri gila.
Perjalanan anda sepanjang game akan memperlihatkan hasil lukisan zaman Victoria dan perlahan-lahan meneroka dunia muzik dan filem. Layers of Fears dibangunkan sebagai penceritaan semula naratif francais dan menghubungkannya berserta beberapa bab original terbaru.

Dibangunkan dengan Unreal Engine 5, game ini akan datang dengan versi yang lebih menyeramkan dengan tambahan ciri Ray Tracing, HDR, Resolusi 4K dan sistem Lumen. Anda juga akan meneroka kisah antara pelukis dan pelakon secara lebih mendalam. Ia juga akan datang dengan soundtrack baru yang digubah termasuklah versi original yang dihasilkan oleh Arkadiusz Reikowski.

Layers of Fears dijangka keluar pada awal 2023 untuk platform PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post