Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Layers of Fear 3 bakal muncul – entri terkini dalam siri game seram oleh Bloober Team

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2022
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Layers of Fear 3 bakal muncul – entri terkini dalam siri game seram oleh Bloober Team
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, Bloober Team telah menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya kerana ada khabar angin yang mendakwa bahawa studio itu sedang membangunkan game baru untuk siri popular Silent Hill oleh Konami. Khabar angin ini sebenarnya sudah lama sejak awal tahun 2021, namun sejak itu, Bloober Team telah mendedahkan bahawa mereka mempunyai projek-projek lain dalam pembangunan, termasuk Layers of Fear 3 – entri terbaru dalam siri game seram mereka.

Reach beneath the surface and uncover the source of your fears#BlooberTeam pic.twitter.com/xTAxo8glC2

— Layers of Fear (@Layers_Of_Fears) June 7, 2022

Semalam, Bloober Team telah memberi teaser bagi sekuel seterusnya dalam siri Layers of Fear dan memuat naik gambar yang “aneh” pada akaun Twitter. Di dalam gambar itu, kita boleh melihat potret hancur seorang wanita yang mukanya dibahagikan kepada normal dan menyeramkan. Buat masa ini, itu sahaja info yang didedahkan dalam media sosial.

Info tentang sekuel terbaru Layers of Fear memang sedikit tetapi studio pernah memberitahu sebelum ini yang game itu akan dikeluarkan untuk platform PS5 dan akan menggunakan Unreal Engine 5.

Visual dari Layers of Fear 1

Pada beberapa minggu lepas, ramai sedar bahawa Bloober Team adalah antara studio yang disahkan untuk mengambil bahagian dalam acara Summer Game Fest yang bakal berlangsung pada 9 Jun. Walaupun ramai menganggap studio itu akan hadir untuk mendedahkan projek Silent Hill (yang telah lama menjadi khabar angin), nampaknya kita berkemungkinan lebih besar akan melihat game terbaru Layers of Fear dengan lebih mendalam.

Visual dari Layers of Fear 2

Bagi sesiapa yang tidak tahu game ini, Layers of Fear ialah siri seram psikologi yang asalnya dikeluarkan pada Februari 2016 di PC, PS4 dan Xbox One. Game ini mengisahkan seorang pelukis yang mesti menempuh mimpi ngeri dalam otaknya untuk menyelesaikan sebuah misteri besar. Game ini mendapat sekuel pada 2018 dan kemudian game pertama menerima adaptasi VR pada 2019.

Adakah kita akan melihat Layers of Fear 3 atau game terbaru Silent Hill? Mampu “wait and see” dulu buat masa ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bloober TeamHorrorLayers of Fear 3
Previous Post

Diablo Immortal makan kos hampir 500 ribu untuk “max upgrade watak”

Next Post

[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario

[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd