Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lawak Kampus: School Daze Versi Bahasa Melayu Bakal Hadir ke Astro Ceria pada awal Februari Ini!

Maira by Maira
January 30, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Komik, Tempatan
0 0
0
Lawak Kampus: School Daze Versi Bahasa Melayu Bakal Hadir ke Astro Ceria pada awal Februari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah empat bulan berlalu sejak tayangan episod pertama Lawak Kampus: School Daze bahasa Inggeris, akhirnya versi bahasa Melayu akan ditayangkan tidak lama lagi! Melalui pengumuman Twitter/X GEMPAK, siri animasi adaptasi Lawak Kampus dalam versi bahasa Melayu akan ditayangkan bermula 5 Februari ini melalui saluran Astro Ceria dan Astro On Demand! Ia dijadualkan untuk tayangan pada jam 6:30 petang!

Anda boleh tonton trailer rasmi untuk siri animasi tersebut di bawah:

Lawak Kampus: School Daze | Trailer | Astro Ceria | Astro On Demand | 6:30 PM pic.twitter.com/vNm7AfWlbq

— LK School Daze (@lkschooldaze) January 29, 2024

Bertujuan untuk menarik peminat lama dan baharu di Malaysia dan luar negara, web animasi ini dibuat sempena dengan ulang tahun ke-20 Lawak Kampus dan dibuat oleh studio tempatan Malaysia, Lil Critter Workshop, yang sebelum ini memenangi anugerah untuk siri YouTube My Little Pony – Tell Your Tale.

Sumber: Lil Critter Workshop

Menurut info lepas, sebanyak 104 animasi pendek tentang LK School Daze akan dikeluarkan di TikTok, manakala mereka akan mengeluarkan sebanyak 52 episod “penuh” di YouTube. Setiap episod berdurasi dua minit dan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris. Versi Bahasa Malaysia pula akan tersedia secara eksklusif di Astro.

Lawak Kampus: School Daze dihasilkan dengan kerjasama Kadokawa Gempak Starz (KGS), TikTok Malaysia, Astro dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh menonton video-video lain melalui YouTube rasmi mereka.

Sumber: Lil Critter Workshop

Berikut adalah sinopsis rasmi siri:

Lawak Kampus: School Daze mengisahkan tentang Vanness, Aditas dan Froggy, tiga kawan baik dan rakan-rakan sekolah lain ketika mereka belajar tentang soal erti sekolah di Lawak Kampus. Sepanjang siri ini, mereka mengalami pelbagai situasi lucuk yang akhirnya menjadi tidak terkawal, sehingga mengheret rakan sekelas lain, dan juga guru mereka dalam masalah-masalah itu. Walaupun begitu, mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan – jadi untuk apa sebenarnya mereka pergi ke sekolah…..?

Sumber: Lil Critter Workshop

Baca segala liputan kami tentang Lawak Kampus dan juga temu ramah kami bersama penciptanya Keith di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lawak KampusLawak Kampus: School Daze
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia The Movie: You’re Next Dedahkan Trailer & Visual Rasmi!

Next Post

Like a Dragon: Infinite Wealth Tampil Dengan Lagu oleh Ringo Shiina!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Like a Dragon: Infinite Wealth Tampil Dengan Lagu oleh Ringo Shiina!

Like a Dragon: Infinite Wealth Tampil Dengan Lagu oleh Ringo Shiina!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd