VSTECS Berhad, pengedar ICT terkemuka kini memperluaskan penawaran komputer riba mereka dengan bekerjasama antara peneraju jenama gaming yang terkenal, Micro-Star International Co., Ltd (“MSI”) untuk penggunaan gaming dan urusan kerja. Komputer riba yang diedarkan oleh VSTECS ASTAR Sdn Bhd itu menawarkan pengguna jenis-jenis kuasa dan fungsi yang mereka mahu mengikut budget yang mencerminkan gaya hidup mereka.

Bagi gamers, VSTECS ASTAR akan membekalkan beberapa notebook e-sukan MSI “G” di Malaysia, di mana pemain biasa sehinggalah pemain tegar boleh mendapatkan notebook e-sukan kegemaran mereka! Siri notebook “G” e-sukan ini boleh didapati dalam siri GT, GS, GE, GL, GF dan GP, dengan harga antara RM3,499 hingga RM21,999. Saiz notebook ini adalah 15 inci dan 17 inci. Konfigurasinya adalah berdasarkan pada ciri yang ada pada notebook. Processor notebook ini adalah dari Intel Core i5, i7, i9, dan pilihan kad grafik dari GTX1050 hingga RTX2080 dan banyak lagi!

Pemain yang lebih memfokuskan pada rekaan dan bentuknya, boleh memilih komputer riba siri Prestige atau “P”. Komputer riba siri ini akan tetap memberikan pengalaman bermain dan kualiti yang sama serta harganya adalah sangat mesra-pengguna dari RM3599 sehingga RM6399. Ia didatangkan dengan Intel Core yang terkini iaitu i5, i7, i9, dan juga grafik kad Nvidia. Saiz skrinnya pula terdapat dalam 3 pilihan: 14,15 dan 17 inci!

Profesional yang inginkan keselesaan dan prestasi boleh membeli siri “W” MSI workstation. Siri workstation ini direka khas untuk model 3D dan juga keluaran VR. Untuk memenuhi bajet setiap profesional, komputer riba ini bermula dari RM7999 hinggalah RM27,999. Ia menggunakan processor yang terkini iaitui i7 dan i9 dan grafik kad Nvidia dari P2000 hingga P5200.

VSTECS juga menawarkan sokongan produk dan servis-servis teknikal. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke website mereka di www.vstecs.com.my! Korang ada kenal sesiapa yang mungkin berminat untuk beli komputer riba sebegini? Apa tunggu lagi? Jom serbu VSTECS sekarang sementara promosi masih berjalan!
Website: VSTECS
@gamersantaimy
Discussion about this post