Jika kita lihat semua protagonis Bleach, Kurosaki Ichigo pasti adalah #1 dan seperti Shinigami lain, dia juga mampu menggunakan Bankai. Bagi mereka yang tidak tahu, setiap Shinigami mempunyai katana yang dipanggil Zanpakutō, dan Bankai pula merujuk kepada bentuk kedua Zanpakutō tersebut, yang biasanya hanya boleh dicapai oleh shinigami peringkat Kapten. Setiap Bankai yang muncul dalam siri memang hebat-hebat belaka, tetapi sudah tentu, ada yang jauh lebih kuat daripada yang lain. Di sini, saya akan senaraikan lapan Bankai paling kuat dalam Bleach.
Senarai Bankai paling kuat dalam Bleach bermula sini:
8. Bankai tiada nama – Zaraki Kenpachi

Nama Bankai milik Kenpachi tidak pernah didedahkan sepenuhnya, tetapi setelah diaktifkan, dia mengeluarkan gelombang tenaga yang cukup kuat untuk meratakan bangunan berdekatan. Dalam bentuk ini, kulit Kenpachi menjadi merah dan munculnya beberapa tatu hitam di muka dan tanduk di dahinya. Pedang Kenpachi sedikit berubah ke kapak.
Bankai ini memberikan kekuatan fizikal yang luar biasa lantas membolehkannya memotong apa-apa sahaja. Dalam bentuk ini, Kenpachi hilang kawalan danakan bertindak tanpa sedar hingga sanggup membahayakan nyawanya sendiri.
7. Senbonzakura Kageyoshi – Kuchiki Byakuya

Dalam bentuk Bankai, katana akan ‘berpecah’ kepada seribu serpihan bilah kecil. Bilangan bilah cukup banyak sehingga Byakuya boleh menggunakannya untuk menyerang dan pertahanan. Dia biasanya mengumpul bilah ini dalam kuantiti yang banyak untuk serta merta melenyapkan pihak lawan. Apabila bilah-bilah ini bergerak di udara untuk menyerang musuh, ia menyerupai bunga sakura yang terbang mengikut angin.
Bankai Byakuya mempunyai beberapa bentuk, dan ini dicapai dengan menyusun bilah tersebut dalam corak yang berbeza seperti menyerang dari jauh, mencipta perisai yang mengelilingi tubuhnya atau memfokuskan semua bilah pada satu pedang besar. Setiap bentuk memberikan kelebihan berbeza. Ini menjadikan Senbonzakura Kageyoshi sebagai Bankai yang sangat versatil.
6. Minazuki – Unohana Retsu

Di mata orang ramai, Unohana Retsu dikenali sebagai salah satu pengasas Gotei 13, tetapi mereka mungkin tidak tahu dia sebenarnya adalah salah seorang individu paling bahaya dalam Soul Society dan dikenali sebagai Kenpachi pertama. Walaupun Shikai-nya terkenal kerana boleh menyembuhkan orang, Bankai milik Unohana Retsu melakukan perkara yang sebaliknya.
Apabila Bankainya diaktifkan, pedang Unohana akan cair menjadi sejenis bahan merah pekat seolah-olah darah yang mengalir di sekelilingnya. Cecair ini berfungsi sebagai asid kuat, yang mampu mencairkan mana-mana individu kuat seperti Kenpachi hingga ke tulang dalam masa beberapa saat selepas bersentuhan.
5. Hakka No Togame – Kuchiki Rukia

Rukia ialah salah seorang watak utama Bleach dan berjaya mencapai Bankai di arc terakhir manga. Bernama Hakka no Togame, Bankai ini mengubah rupa fizikal Rukia dan pakaian yang dipakainya di mana dia memakai kimono putih, rambutnya menjadi putih, dan bilah pedang bertukar menjadi ais.
Hakka no Togame meningkatkan kuasa Rukia untuk mencapai suhu higga sifar mutlak. Selepas diaktifkan, tiang kabus akan muncul dan meliputi kawasan di sekitar. Apa-apa sahaja di dalam kawasan kabus tersebut akan dibekukan. Setelah dibeku, individu yang terperangkap akan hancur dalam masa beberapa saat. Sentuhan fizikal dengan Rukia pun bolehmenyebabkan orang lain mula membeku kerana badannya yang sejuk.
4. Katen Kyokotsu: Karamatsu Shinjuu – Kyoraku Shunsui

Walaupun biasanya pemalas, Kyoraku Shunsui sebenarnya menyimpan kuasa yang sangat hebat. Bankainya dipanggil Katen Kyōkotsu: Karamatsu Shinjū, dan Shunsui menganggap Bankai-nya sebagai pilihan terakhir. Dia hanya akan menggunakan Bankai jika rakannya cukup jauh supaya mereka tidak terperangkap dalam kesan Bankai tanpa sengaja.
Selepas diaktifkan, sejenis aura akan meliputi kawasan di sekitar Shunsui. Aura ini sebenarnya mengubah persepsi orang lain terhadap persekitaran sekeliling, dan menyebabkan orang lain merasa putus asa atau depresi. Terdiri dari empat fasa, berikut adalah ringkasan:
- Ichidaime: Tameraikizu na Wakachi Ai: Sebarang luka yang diterima oleh Shunsui atau pihak lawan akan timbul pada badan masing-masing.
- Nidanme: Zanki no Shitone: Tompok hitam muncul di seluruh badan musuh, menyebabkan mereka berdarah dengan banyak.
- Sandanme: Dangyo no Fuchi: Jumlah air yang besar akan menelan Shunsui dan musuh. Mereka akan kekal di dalam sehingga salah seorang kehabisan Reiatsu dan lemas.
- Shime no Dan: Itokiribasami Chizome no Nodobue: Shunsui melilitkan benang putih di sekeliling leher musuh sebelum meletupkan kepala mereka.
3. Daiguren Hyourinmaru – Hitsugaya Toshiro

Walaupun Hitsugaya mempunyai rupa seorang remaja, dia sebenarnya memiliki Zanpakuto elemen ais yang paling kuat. Menurut katanya, Daiguren Hyorinmaru akan mencapai bentuk sempurna apabila kelopak bunga ais gugur. Disebabkan badannya tidak cukup matang untuk menggunakan kuasa penuh Bankai, Hitusgaya berjaya ‘mendewasakan’ dirinya untuk membuka potensi penuh.
Dalam bentuk Bankai sempurna, Hitsugaya boleh membekukan serta apa-apa objek besar pada jarak yang jauh hanya dengan isyarat tangan. Efek ini juga termasuk objek yang dipotong oleh pedangnya. Selain itu, apa sahaja yang dibekukan akan hilang segala fungsi dan kebolehan. Jika ada sesiapa yang menyentuh Hitsugaya dalam bentuk ini, dia juga akan dibekukan serta merta.
2. Zanka No Tachi – Yamamoto Genryusai

Kapten Komander Yamamoto dianggap sebagai Shinigami terkuat selama berabad-abad, dan merupakan pemilik kepada salah satu pedang terkuat dalam Bleach. Ryūjin Jakka ialah Zanpakuto elemen api paling unggul dalam sejarah Bleach. Apabila diaktifkan, Zanka no Tachi akan bertukar ke katana kuno dan apabila menyalurkan semua kuasa api ke dalam pedang, bilah itu boleh membakar apa sahaja hingga hilang dari kewujudan.
Kepanasan ini sungguh hebat sehingga udara lembap dan air di sekitar Seireitei akan menjadi kering. Malah Bankai milik Toshiro Hitsugaya pun tidak boleh digunakan kerana aisnya akan cair akibat kepanasan Zanka no Tachi. Yamamoto mendakwa bahawa Bankainya mengandungi kuasa Matahari dan boleh menyelubungi badannya dalam kepanasan yang mencapai suhu sehingga 15,000,000 darjah. Malah Unohana Retsu pun pernah kata bahawa api Zanka no Tachi boleh membakar keseluruhan Seireitei jika dibiarkan aktif terlalu lama.
Bukan itu sahaja, Yamamoto juga dapat menyeru mayat dan abu musuh yang dibunuh oleh apinya untuk berperang bagi pihaknya.
1. Shirafude Ichimonji – Hyosube Ichibe

Sebagai ketua kepada ‘Zero Division’, Hyosube Ichibe ialah salah satu watak terkuat dalam siri Bleach, kerana Zanpakuto-nya melenyapkan fungsi setiap abiliti lain. Daripada menggunakan katana, senjatanya berbentuk berus kaligrafi yang besar, dan menggunakan dakwat hitam untuk bertarung.
Dengan Shirafude Ichimonji, Ichibe boleh ‘memberi’ atau ‘menukar’ nama sasaran yang terkena dakwat dengan menulis kanji pada badan mereka. Apabila berbuat demikian, abiliti sasaran tersebut akan bertukar mengikut kanji yang ditulis. Sebagai contoh, dengan menukar nama sasaran kepada semut, musuh akan menjadi lemah seperti semut.
Satu lagi perkara yang unik adalah Ichibe mengaktifkan Bankai-nya dengan memanggil “Shin’uchi” dan bukannya Bankai, kerana Ichimonji adalah Zanpakutō pertama yang boleh berubah bentuk, jauh sebelum istilah “Bankai” wujud.
Itu sahaja senarai saya untuk lapan Bankai paling kuat dalam Bleach. Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
Sumber – Bleach Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post