Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laman Web MyAnimeList Diserang! Semua Tajuk Anime Telah Berubah!

Maira by Maira
May 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Laman Web MyAnimeList Diserang! Semua Tajuk Anime Telah  Berubah!

Kredit imej: MAL

Share on FacebookShare on Twitter

Kita kalau nak cari maklumat pasal anime mesti ramai antara kita yang pergi ke laman web MyAnimeList (MAL). Kalau anda ingin tahu, ia merupakan pangkalan data anime dan manga yang terbesar buat masa ini. Tetapi secara mengejut, laman web tersebut telah diserang dan sekarang dalam penyelenggaraan kecemasan.

Sumber: Crunchyroll

Perkara ini telah diumumkan melalui halaman utama MyAnimeList yang berbunyi:

“MyAnimeList kini dalam penyelenggaraan kecemasan. Pasukan kami sedang berusaha untuk menyiasat dan membaiki kelemahan yang ditemui hari ini pada kira-kira jam 6 pagi PDT. Pada masa ini, kami tidak pasti berapa lama penyelenggaraan akan diambil. Kami akan mengemas kini anda sebaik sahaja kami mengetahui lebih lanjut. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang ditimbulkan oleh situasi sementara ini.“

Sumber: MAL

Boleh tahan kecoh juga situasi mengenai serangan siber terhadap MAL kerana ramai pengguna sempat mengambil gambar yang menunjukkan banyak tajuk anime yang telah diubah. Yang menariknya, tajuk “baharu” untuk ke semua anime di laman web itu ialah “LET’S ALL LOVE LAIN”. Ia seolah-olah pelaku yang menyerang laman web tersebut suka kepada siri anime bertajuk “Serial Experiments Lain”.

Sumber: Funimation

Pengguna-pengguna MAL juga ramai yang risau serta meluahkan rasa risau mereka terhadap senarai anime-anime mereka pada laman tersebut. Tetapi sudah tentu ada yang merasakan situasi ini melucukan. Siap ada yang ajak untuk tonton siri anime tersebut.

Sumber: Twitter

Buat masa ini, MyAnimeList masih lagi dalam penyelenggaraan dan nampaknya pasukan MAL masih memerlukan masa untuk mengembalikan semula laman web tersebut kepada asal.

We have published an article on our Help page with the details we know now.

Please refer to the article for more information regarding today's attack and our response.https://t.co/Hk5tRwpjO6

Our team is working diligently to bring the website back online as soon as possible. pic.twitter.com/DTRvL5J4rr

— MyAnimeList (@myanimelist) May 10, 2023

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MALMyAnimeList
ShareTweetSend
Previous Post

Membawa francais Front Mission kepada generasi baharu bermula dengan Front Mission 1st: Remake!

Next Post

AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki bakal ditayangkan pertengahan tahun ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki bakal ditayangkan pertengahan tahun ini!

AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki bakal ditayangkan pertengahan tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd