Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laman KissAnime & Kissmanga disahkan tutup! Kawalan hakcipta Jepun makin ketat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Laman KissAnime & Kissmanga disahkan tutup! Kawalan hakcipta Jepun makin ketat!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua laman web cetak rompak yang telah wujud selama bertahun-tahun, KissAnime dan Kissmanga, telah ditutup secara rasmi, dan berpotensi menghasilkan kempen yang ingin mengharamkan laman web lain yang serupa di internet. Kedua-dua laman web tersebut, yang berhubung antara satu sama lain dan menawarkan siri anime dan manga percuma, secara tidak sah, bermula pada tahun 2012 dan sejak itu dianggap sebagai laman web utama untuk kedua-dua manga dan anime cetak rompak. Dengan penghapusan kedua-dua laman web pada minggu lepas, ia jelas bahawa mungkin ada beberapa perubahan besar dalam undang-undang hakcipta anime dan manga.

Berita ini muncul pada hari Jumaat lepas ketika server discord KissAnime mendedahkan bahawa laman web tersebut akan dihapus hasil daripada “undang-undang hak cipta yang lebih ketat di Jepun“, yang menyasarkan laman web yang menyiarkan siri anime dan manga untuk pengguna akses secara haram. Dengan Crunchyroll, Netflix, Funimation, dan beberapa perkhidmatan penstriman lain yang memberi peluang kepada peminat untuk mengakses sejumlah siri anime, serta Viz Media yang menawarkan langganan murah untuk mengakses perpustakaan siri manga, pasti ada saluran sah untuk pengguna mengakses francais kegemaran.

AniRadio+ berkongsi berita ini dan memberitahu bahawa KissAnime dan Kissmanga akan mematikan server mereka secara kekal ketika menghadapi inisiatif cetak rompak yang lebih ketat di Jepun:

“Server beta kami telah dihapuskan, ini dapat menyebabkan penutupan laman web. Kami akan membuat lebih banyak pengumuman setelah membuat keputusan. Semua fail dibuang oleh pemilik hak cipta. KissManga dan KissAnime akan ditutup selama-lamanya. Terima kasih atas sokongan anda … Terima kasih untuk tahun-tahun itu.”

Ini membuka ruang kepada Jepun untuk menyelidik beberapa laman web anime dan manga lain, kerana gelaja cetak rompak telah memberi kesan yang negatif terhadap penjualan manga untuk beberapa tahun. Walaupun “undang-undang cetak rompak yang lebih ketat” ditetapkan untuk berlangsung pada tahun 2021, nampaknya ia datang lebih awal daripada yang disangkakan.

Apa pendapat anda tentang KissAnime dan Kissmanga tutup? Jangan ragu-ragu untuk memberi tahu kami dalam ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCetak rompakKissanimeKissmangamanga
Previous Post

Sebab utama Shroud memilih Twitch berbanding Youtube!

Next Post

Gundam sebenar 60 kaki sudah siap & inilah penampilan penuhnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gundam sebenar 60 kaki sudah siap & inilah penampilan penuhnya!

Gundam sebenar 60 kaki sudah siap & inilah penampilan penuhnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd