Baru-baru ini sebuah permainan yang makin naik dan didengari ramai, serta diberikan banyak maklum balas yang positif ketika beta tertutupnya yang dilancarkan 7 April 2020 lalu iaitu VALORANT. Valorant adalah sebuah permainan dari Riot Games bertemakan FPS multiplayer free-to play yang pertama kali diumumkan namanya sebagai “Project A” pada Oktober 2019. Valorant kini dijadualkan akan hadir ke PC dalam musim panas ini. Jadi, kami diberi peluang dapat menemu ramah orang kuat dalam pembangunan Valorant di Riot Games iaitu Joe Ziegler dan Anna Donlon.

Joe Ziegler merupakan pengarah bagi permainan ini yang dahulu pernah juga terlibat dalam mencipta hero Talon dalam permainan League of Legends. Juga executive producer bagi permainan ini iaitu Anna Donlon yang juga pernah menjadi producer di Treyarch untuk francais Call of Duty.

Pada yang masih tidak tahu mengenai permainan terbaru dari Riot Games ini, Valorant merupakan permaianan berpasukan menembak bertaktikal dan FPS. Pemain dapat mengawal agents watak dari plethora. Dalam mod utama, pemain akan dapat memilih diantara menyerang atau pasukan pertahanan dengan setiap pasukan mempunyai lima pemain di atasnya. Agents mempunyai kebolehan yang unik dan menggunakan sistem ekonomi untuk membeli kemampuan dan senjata mereka.
Okay sambung semula dalam temu ramah kali ini yang dijalankan melalui dalam talian, Joe Ziegler dan Anna Donlon telah berkongsikan serba sedikit dalam permainan Valorant yang akan datang ini. Apa lagi? Jom kita mulakan!
Antara soalan awal yang kami tanyakan, pasti pemain ujian beta (CBT) juga teringin tahu soalan ini, kerana berhempas pulas bermain dalam CBT, mesti ramai yang inginkan pogress permainan disambung apabila Valorant secara rasmi hadir betul tak? Tetapi malangnya menurut Riot Games, gameplay semasa akan berubah ketika pelancaran dan lebih baik jika semua pemain akan bermula dari awal permainan untuk berlaku adil.
Sudah tentu kita inginkan kesimbangan hero didalam Valorant dan kebanyakan aduan yang diterima adalah hero RAZE agak kuat berbanding yang lain. Menurut Joe Ziegler keseimbangan adalah dialog yang selalu berubah antara pemain dan permainan, jadi sebelum melepaskan watak-watak, dia menyatakan mereka sudah membincangkan perkara-perkara yang mungkin akan dilakukan untuk menambah atau menarik watak. Dengan mengumpulkan data, mendengar maklum balas, serta mengamati permainan langsung, mereka berusaha melukis gambaran bagaimana kesihatan permainan, menganalisisnya dan mengambil tindakan dengan sebaik mungkin. Joe turut menyatakan ketika membangunkan dan mengembangkan permainan mereka akan mencari pemain di komuniti mereka untuk berkongsikan pelbagai pemikiran dan perpekstif untuk membantu mereka dalam keseimbangan ini.
Sekarang kita tahu bahawa Valorant terdapat beberapa mod dan sistem termasuk “ranked play” dengan “Skill Based” matcmaking. Menurut Anna Donlon, mereka mungkin akan menambah sistem tambahan untuk Valorant ketika pelancaran.Ini adalah untuk menghargai pemain dengan beberapa kaedah alternatif untuk bermain, mungkin sesuatu yang kurang kuat dan lebih bersifat sosial.
Tumpuan kami adalah terutamanya untuk mendapatkan mod yang gempak dengan tepat, tetapi mod alt semestinya sesuatu yang sedang kita terokai dan membuat prototaipnya.
-Anna Donlon
Selain itu, menurut Anna, pada pelancaran nanti, akan terdapat dalam 10-12 Agents untuk dibuka oleh pemain mainkan! Dan itu termasuk senjata dimana set senjata yang standard akan disediakan awal pelancaran.
Sangat ramai streamer yang memberi maklum balas positif untuk permainan Valorant ini dan itu termasuk Shroud! Jadi, ramai diantara kita yang ingin tahu jika akan ada streamer yang terpilih untuk menjadi duta besar Valorant. Namun buat masa kini, semua streamer yang stream permainan ini adalah dengan tersendiri dan bukan dari bayaran Riot Games, mereka masih belum merancang sebarang pencarian duta buat masa ini.
Permainan sebegini sudah tentu sangat sesuai untuk esports, menurut Joe, sudah semestinya mereka mahukan esports salah satu didalam komuniti permainan ini terutama untuk berkembang dengan input dan sokongan pemain. Mana-mana pembangun yang ingin menjadikan pasukan berdaya saing ingin melihat pemain mereka berada di pentas global. Tetapi bukanlah pada hari pertama untuk memberitahu komuniti apa sebenarnya esports itu. Joe menyatakan mereka mahu rakan kongsi utama ini berpeluang untuk mencipta sukan ini bersama untuk belajar dari mereka yang terlibat dengan permainan dengan apa yang diperlukan mereka.
“Ya, kita mahukan esport, tetapi kita akan meluangkan masa melalui langkah-langkah yang betul untuk membina jalan di sana.
-Joe Ziegler
Zaman sekarang ini terlalu banyak permainan berkonsepkan pasukan menembak berkelas seperti contoh Overwatch. Menurut Joe, ini adalah suatu kehormatan bahawa pemain membandingkan permainan mereka dengan permainan lain yang mereka gemari. Pasti ada inspirasi yang akan diambil dari pelbagai permainan, tetapi pada intinya Valorant adalah “surat cinta” mereka kepada penembak taktik. Ini adalah panggilan balik untuk permainan tegang dan berfokus pada pasukan di mana banyak keputusan sama ada akan menuju kejayaan atau kegagalan. Di samping itu, mereka telah menambahkan lapisan mekanik kreatif untuk menghidupkannya dengan cara moden, yang merangkumi kreativiti pemain moden dan memberi mereka alat untuk berinovasi serta mencipta strategi dan taktik baru.
Selain itu Anna turut menyatakan mereka mahu pemain terasa seperti berhubung dengan Agent yang mereka pilih untuk dimainkan. Mendedahkan pemain dengan latar belakang agent serta cerita latar dunia yang mereka perjuangkan, boleh menjadi cara yang sangat baik untuk memperdalamkan hubungan tersebut.
“Kami teruja untuk melihat selera masyarakat untuk mengetahui jalan cerita untuk VALORANT. Garis masa ketika kita mula melakukan ini dan berapa kerap ianya dikerjakan.
-Anna Donlon
Sentuh sebagai sebuah permainan yang mengfokuskan gameplay taktikal , sudah tentu kita ingin tahu kelebihan yang ada dalam Valorant berbanding permainan lain. Pekara ini telah dijawab oleh Trevor Romleski, yang merupakan Senior Game Designer Valorant. Beliau menyatakan apabila mereka bertekad membina permainan penembak taktik, yang utama adalah untuk mengatasi beberapa masalah umum genre ini.
Pendaftaran hit yang buruk, kelebihan peekers, kekurangan kemas kini dan sokongan serta banyak lagi mereka melihat peluang untuk menyuntik kemampuan ke dalam ruang. Keupayaan meningkatkan kebolehubahan dalam permainan, dengan senario kreatif baru untuk menavigasi dan menyelesaikan masalah dalam masa nyata. Secara tradisinya, mekanik kemampuan di ruang FPS memberikan sedikit tindak balas. Untuk VALORANT, mereka berupaya untuk menggabungkan asas permainan taktikal dengan Agents, yang membolehkan momen kreatif ini tanpa berkompromi dengan gunplay.
Jadi, inilah antara yang dikongsikan orang-orang kuat dari pembangunan permainan Valorant. Apa pendapat anda pula dengan permainan yang akan dilancarkan bila-bila masa musim panas ini? Jangan lupa beri pendapat anda di ruangan komen Facebook kami. Terima kasih pada Riot Games memberi kami peluang untuk sesi temu ramah permainan Valorant ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post