Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kung Fu Panda 4 Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Ditayangkan pada 7 Mac 2024!

Maira by Maira
December 14, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Kung Fu Panda 4 Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Ditayangkan pada 7 Mac 2024!

Sumber: Dreamworks / Universal

Share on FacebookShare on Twitter

Lapan tahun selepas tayangan Kung Fu Panda 3, akhirnya entri baharu filem tersebut bakal menemui peminat pada 2024. Universal Pictures telah pun mengeluarkan trailer rasmi baharu untuk Kung Fu Panda 4 yang akan membawa kita melihat perjalanan baharu Po serta musuh baharu bernama Chameleon. Filem ini akan hadir ke pawagam Malaysia pada 7 Mac 2024!

Jack Black akan kembali sebagai Po dalam entri baharu francais. Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut:

Selepas tiga pengembaraan yang mencabar maut, Po “Dragon Warrior” dipanggil oleh takdir untuk … berehat. Lebih khusus lagi, dia telah dipilih untuk menjadi Spiritual Leader di Valley of Peace.

Nampaknya ia menimbulkan beberapa masalah. Pertama, Po tidak begitu tahu dalam menjadi Spiritual Leader dan kedua, dia perlu mencari dan melatih Dragon Warrior baharu dengan cepat sebelum dia boleh menyandang jawatan baharunya itu.

Sumber: Dreamworks / Universal

Lebih teruk lagi, baru-baru ini terdapat seorang ahli sihir yang jahat dan berkuasa, Chameleon, seekor cicak kecil yang boleh berubah bentuk menjadi mana-mana makhluk, besar atau kecil. Chameleon telah memerhatikan Staff of Wisdom milik Po, yang akan memberinya kuasa untuk memanggil semula semua penjahat utama yang telah dikalahkan Po.

Jadi, Po akan memerlukan bantuan. Dia bertemua dengan pencuri licik dan cerdik, Zhen, seekor musang dengan kemahiran yang terbukti bernilai. Dalam usaha mereka untuk melindungi Valley of Peace daripada Chameleon, mereka berdua perlu bekerjasama. Dalam proses itu, Po akan mendapati bahawa wira boleh ditemui di tempat yang paling tidak dijangka.

Sumber: Dreamworks / Universal

Bukan setakat itu sahaja, Furious Five juga akan muncul dalam filem ini. Tetapi tidak tahulah jika mereka hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini nanti, memandangkan trailer banyak menunjukkan babak Po bersama Zhen. Walaupun begitu, kami tidak sabar untuk menontonnya nanti.

Kung Fu Panda 4 akan ditayangkan pada 7 Mac 2024. Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kung Fu PandaKung Fu Panda 4
ShareTweetSend
Previous Post

Menyelami ‘Netflix Yu Yu Hakusho’ Bersama Bintang Takumi Kitamura & Go Ayano – Interviu Khas!

Next Post

Katalog PS Plus Disember 2023 – GTA V, Gigabash, Stranger of Paradise, Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Katalog PS Plus Disember 2023 – GTA V, Gigabash, Stranger of Paradise, Banyak Lagi!

Katalog PS Plus Disember 2023 – GTA V, Gigabash, Stranger of Paradise, Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd