Korea Selatan telah memansuhkan undang-undang yang menghalang kanak-kanak di bawah umur bermain video (game) sehingga larut malam. Undang-undang ini melarang sesiapa yang berusia di bawah 16 tahun untuk bermain permainan video bermula jam tengah malam hingga 6 pagi.

Perintah ini disahkan sebagai sebahagian dari “Youth Protection Revision Act” pada tahun 2011 berikutan beberapa kes kematian pada tahun 2000-an yang berkaitan dengan ketagihan MMO. Seorang individu telah menghabiskan 50 jam bermain Starcraft di kafe internet sebelum mati akibat serangan jantung. Undang-undang ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak tidur sekurang-kurangnya enam jam setiap malam. Seperti yang dilaporkan oleh Kotaku, PSN dan Xbox mengikuti undang-undang tersebut dan mematikan ciri dalam talian untuk konsol pemain bawah umur antara jam tengah malam hingga 6 pagi. Selain itu, denda hingga 10 juta won (kira-kira RM35,823.16) dan hukuman penjara hingga dua hari akan dikenakan jika sesiapa ditangkap melanggar undang-undang.
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan dan Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga mengumumkan awal hari ini bahawa undang-undang itu akan dihapuskan demi “sistem pilihan” yang membolehkan ibu bapa dan anak-anak meminta izin permainan video (game) selama beberapa jam.
“Bagi kanak-kanak, permainan video adalah aktiviti rekreasi dan saluran komunikasi yang penting. Saya berharap bahawa langkah pencegahan ini dapat menghormati hak kanak-kanak dan mendorong pendidikan rumah yang sihat.”
kata menteri budaya Hwang Hee (melalui Korea Herald).

Kerajaan Korea Selatan juga menjelaskan bahawa keberkesanan undang-undang ini semakin berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan kerana ramai remaja menghabiskan lebih banyak masa bermain di telefon sebagai jalan alternatif. Selain itu, kajian mendapati bahawa internet kanak-kanak majoriti digunakan untuk menonton video atau menggunakan media sosial. Kini satu-satunya negara dengan perintah berkurung permainan video untuk kanak-kanak di bawah umur adalah China, yang baru-baru ini menerapkan sistem pengenalan wajah untuk mencegah anak-anak melanggar arahan.
Apa pendapat anda tentang kes ini? Jika berlaku di Malaysia, apa yang anda akan buat?
@gamersantaimy
Discussion about this post