Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kontroversi “bikini hot tub” di Twitch, berada di bawah pemantauan buat masa ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 3, 2021
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Kontroversi “bikini hot tub” di Twitch, berada di bawah pemantauan buat masa ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Debat tentang trend “bikini hot tub” di Twitch semakin serius, di mana platform ini terpaksa menangani kontroversi tersebut secara langsung. Menurut Head of Creator Development, Marcus ‘djWHEAT’ Graham, Twitch buat masa ini akan mengawasi trend ini yang sedang berkembang.

Faith/Twitch

Bagi mereka yang tidak tahu, istilah bikini hot tub telah menjadi semakin popular di komuniti Twitch di mana ia bermaksud seorang streamer akan menghabiskan masa bersantai di dalam tab mandi sambil berpakaian bikini untuk penonton secara siaran langsung. Beberapa streamer besar memberi komen tentang trend ini seperti XQc yang menggelar nya sebagai “menyedihkan” dan “sampah,” manakala Valkyrae mempertahankan trend ini, dan mengatakan bahawa “ia tidak menyakiti siapapun.”

Indiefoxx/Twitch

Trend bikini hot tub menjadi topik perbincangan yang besar semasa siaran langsung “Let’s Chat” pada 28 April. Dalam siaran langsung itu, djWHEAT menjelaskan bahawa trend ini sedang dipantau “dengan teliti” supaya garis panduan sentiasa dipatuhi dengan ketat. Menurut garis panduan Syarat Perkhidmatan Twitch untuk pakaian, pakaian renang adalah dibenarkan selagi ia dipakai di persekitaran yang sesuai.

https://www.youtube.com/watch?v=1vYHQsoTMRo

Dalam hal ini, streamer berhak untuk memakai pakaian renang tanpa risau dikenakan larangan di Twitch. Seperti yang dijelaskan oleh djWHEAT, “tab mandi berada di bawah kriteria tersebut.” Oleh itu, pakaian ini dibenarkan sepenuhnya mengikut terma dan syarat. Apa yang tidak dibenarkan adalah tahap tingkah laku tertentu di tab mandi, dan itulah yang dijelaskan oleh djWHEAT sambil mengingatkan kepada semua bahawa Twitch “masih memperhatikan dengan teliti.”

Amouranth/Twitch

Macam-macam jenis trend baru akan datang ke Twitch setiap hari dan sudah tentu, pasti ada streamer yang akan cuba untuk memanfaatkan trend ini bagi mendapatkan “subscriber“. Buat masa ini, trend bikini hot tub masih berleluasa tetapi saya akan laporkan perkembangan baru apabila Twitch bertindak.

Apa pendapat anda tentang trend bikini hot tub? Adakah Twitch patut membenarkan trend ini berterusan? Beritahu pendapat anda di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Twitch, sila tekan pautan ini.

Sumber – MSN, Twitch

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bikini hot tubdjWHEATLive StreamSiaran langsungStreamerTwitch
Previous Post

Senarai Bonus Pre-order, Deluxe & Collector’s Edition Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin didedahkan!

Next Post

Anime akan memasuki perspektif VR dengan bantuan dari Bandai Namco

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Anime akan memasuki perspektif VR dengan bantuan dari Bandai Namco

Anime akan memasuki perspektif VR dengan bantuan dari Bandai Namco

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd