Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!

Maira by Maira
September 20, 2022
in Artikel, Berita, Konsol, PS5, Teknologi
0 0
0
Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa konsol PS5 akan mendapat model terbaru sekali lagi dan mungkin dilancarkan pada 2023. Seperti yang anda semua tahu, konsol PS5 mempunyai dua versi iaitu digital dan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Tetapi model konsol terbaru ini pula dilaporkan mempunyai pemacu cakera yang boleh ditanggalkan. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Banyak kali juga perbincangan mengenai konsol PS5 baru ini, lebih-lebih lagi berkenaan model “PS5 Pro” yang dikatakan menyokong grafik 8K dan akan dikeluarkan pada 2023 atau 2024. Walaupun begitu, laporan yang terbaru ini jelas membawa versi konsol baru ini sangat berbeza daripada tanggapan ramai.

Menurut sumber, konsol PS5 baru ini akan mempunyai casis yang diperbaharui, serta pemacu cakera yang boleh ditanggalkan malah ia boleh disambung menggunakan port USB-C tambahan di bahagian belakang sistem. Malah model ini juga dikatakan lebih ringan, sama seperti konsol yang terbaru. Versi lama yang lebih berat dikhabarkan akan dihentikan pengeluarannya nanti.

Pemacu cakera PS5 ini juga akan dijual berasingan. Jadi kalau ada antara pemain PS5 yang mempunyai pemacu cakera yang rosak, mereka boleh menggunakan alternatif ini untuk bermain game mereka. Reka bentuknya juga dikatakan tidak akan merosakkan estetika konsol serta akan kelihatan hampir sama dengan PS5.

Konsol sedia ada juga sudah memberikan pilihan kepada pemain untuk bermain secara digital mahupun menggunakan cakera game. Mungkin ada antara anda yang ternanti-nantikan rupa pemacu cakera ini, tetapi masih lagi tiada pengumuman rasmi daripada Sony mengenainya. Apapun kita tunggu sahaja berita lanjut daripada pihak mereka. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai PS5, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Konsolps5Sony
Previous Post

[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra – Negara salji penuh cabaran menanti!

Next Post

Rockstar kecewa dengan kebocoran GTA 6, pembikinan masih diteruskan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Rockstar kecewa dengan kebocoran GTA 6, pembikinan masih diteruskan

Rockstar kecewa dengan kebocoran GTA 6, pembikinan masih diteruskan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd