Nintendo menghadapi masalah yang besar untuk menghasilkan jumlah unit Switch yang cukup ketika populariti permainan seperti Animal Crossing: New Horizons, Pokemon Sword/Shield, dan lain-lain meningkat dalam permintaan dan pengguna yang terpaksa berkurung di rumah kerana wabak COVID-19. Walaupun begitu, presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa, mengatakan bahawa output penghasilan telah kembali normal pada bulan ini di mana konsol kini dibuat di Malaysia, China dan Vietnam.

Menurut mereka yang terlibat, Nintendo telah menambahkan Sharp Corp. sebagai salah satu pengeluar konsol Switch yang berfungsi untuk menstabilkan pengeluaran dan melindungi daripada ketegangan perdagangan AS-China. Sebagai pengeluar utama konsol Switch, Foxconn Technology Co. memiliki saham dalam Sharp dan bantu menghubungkan kedua-dua syarikat.
Nintendo meminta Foxconn Tech untuk menyediakan lokasi pemasangan alternatif di luar China bagi melindungi diri daripada perang perdagangan, dan syarikat itu akhirnya meminta beberapa pesanan daripada Sharp kerana mereka mempunyai kapasiti tambahan di Malaysia.
Furukawa menjelaskan bahawa senarai pengeluar masib belum beroperasi secara kapasiti penuh lagi tetapi penghasilan pertama mereka akan dikeluarkan untuk pengedaran tidak lama lagi. Mereka merancang untuk beroperasi pada kapasiti maksimum pada akhir tahun ini, bagi mengelakkan bulan cuti Disember yang penuh dengan permintaan. Ini menunjukkan bahawa Nintendo, pada suku tahun ini, mungkin akan mengeluarkan lebih daripada 10.8 juta unit Switch berbanding jumlah pada Oktober hingga Disember tahun lalu.
Nintendo cuba memvariasikan rantaian bekalan mereka sebelum era Covid-19 dan mengaku bahawa penambahan Malaysia adalah sebahagian daripada usaha itu. Menurut presiden Nintendo, momentum penjualan konsol telah banyak berubah pada Oktober lalu, dan walaupun PS5 dan Xbox Series X telah keluar di seluruh dunia pada bulan November (kecuali Malaysia), ia tidak mempengaruhi penjualan Nintendo Switch yang kekal popular.
@gamersantaimy
Discussion about this post