Sekali lagi Nintendo mendapat spotlight mengenai konsol baharu yang mereka sedang dihasilkan. Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa konsol baharu Nintendo telah ditunda dan akan dilancarkan sekurang-kurangnya pada bulan Mac 2025.
Selepas pelbagai sumber melaporkan bahawa konsol baharu itu bakal lancar pada suku pertama 2025, syarikat berita Nikkei pula hadir dengan laporan mereka tersendiri. Melalui artikel berbayar mereka, dilaporkan bahawa konsol tersebut dijadualkan untuk lancar seawal bulan Mac untuk memastikan stok yang cukup untuk konsol serta barisan game untuknya. Ia juga untuk mengelakkan aktiviti “scalping” daripada berleluasa.

Mereka turut menyatakan bahawa konsol baharu itu mempunyai ciri-ciri seperti Switch serta hadir dengan skrin yang lebih besar. Walaupun begitu, Nikkei turut mengatakan bahawa pelancaran konsol itu juga berkemungkinan untuk tunda pada bulan-bulan seterusnya, bergantung kepada pembuatan konsol serta game yang tersedia untuk dilancarkan.

Kami tahu ramai sebenarnya yang tidak sabar untuk melihat konsol baharu daripada syarikat itu. Jadi tidak peliklah mengapa banyak berita mengenai konsol baharu yang bakal menggantikan Switch dilaporkan beberapa bulan ini.
Walaupun begitu, kita anggap sahaja segala laporan ini sebagai khabar angin sehinggalah syarikat konsol itu mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai konsol baharu mereka. Ramai juga pembaca-pembaca di Jepun yang mempersoalkan kredibiliti laporan baharu ini. Seperti yang kita tahu, Nintendo sering mengumumkan perkara baharu semasa livestream Direct. Jadi nantikan sahaja livestream akan datang untuk pengumuman tersebut.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post