Pagi semalam kita baru update mengenai sebuah teaser yang dikongsikan pihak Call of Duty dan teaser tersebut hanya mempunyai tajuk ‘Call of Duty Going Dark’. Sudah pasti ramai peminat yang menunggu kehadiran Call of Duty yang baru untuk pasaran.
https://twitter.com/CallofDuty/status/1133776280065675265
Baru sahaja sebentar tadi, pihak Call of Duty telah melancarkan trailer terbaru Call of Duty: Modern Warfare.
Nampaknya yang disangkakan adalah Call of Duty: Modern Warfare baru hanyalah tinggal kenangan, rupanya ini adalah siri konsep baru (reboot) dan bukannya sekuel. Dalam kempen cerita pemain solo yang dramatik ini, Call of Duty: Modern Warfare meneruskan sempadan dan memecahkan peraturan dan akan terlibat dalam operasi rahsia yang mengagumkan bersama dengan pelbagai pasukan khas antarabangsa di seluruh bandaraya Eropah yang ikonik dan expanses yang tidak menentu di Timur Tengah.
Pemain akan didorong ke dalam naratif yang mendalam bagi merangkumi keseluruhan permainan. Sebagai tambahan dalam Call of Duty: Modern Warfare ini, pemain boleh bermain dalam talian dengan berbilang pemain ataupun skuad dan bermain bersama dalam koleksi operasi elit, boleh diakses oleh semua peringkat kemahiran tetapi tidak akan ada pas bermusim.
Call of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan di pasaran 25 Oktober ini untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk lebih lanjut bolehla ikuti mereka di laman web rasmi, Facebook, Twitter dan Instagram.
@gamersantaimy
Discussion about this post