Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KonoSuba Season 3 Akan Ditayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Maira by Maira
December 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
KonoSuba Season 3 Akan Ditayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

©2024 暁なつめ・三嶋くろね/KADOKAWA/このすば3製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 7 tahun sejak tayangan siri anime KonoSuba: God’s Blessing on this Wonderful World! Season 2, akhirnya tayangan untuk musim seterusnya akan tiba tidak lama lagi! Kadokawa telah pun melepaskan trailer rasmi untuk KonoSuba Season 3, membawa kita berjumpa semula dengan Kazuma dan partinya! Bukan setakat itu sahaja, didedahkan dalam trailer, musim baharu anime tersebut akan ditayangkan pada bulan April 2024! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Untuk pengetahuan anda, KonoSuba merupakan sebuah siri novel ringan yang dihasilkan oleh Natsyme Akatsuki dan Kurone Mishima yang bertanggungjawab dalam menghasilkan ilustrasi novel. Siri novel tersebut telah tamat secara rasmi pada 2020 dengan 17 jilid telah diterbitkan. Adaptasi anime pula telah ditayangkan pada 2016 dan 2016. Ia turut mendapat adaptasi filem yang ditayangkan pada 2020 di Malaysia. Siri spin-off yang menampilkan Megumin Konosuba: An Explosion on This Wonderful World! telah ditayang pada tahun ini.

©2024 暁なつめ・三嶋くろね/KADOKAWA/このすば3製作委員会

Berikut adalah sinopsis untuk siri KonoSuba Season 3:

Kehidupan Kazuma Sato yang suka bermain game video sepatutnya berakhir apabila dia dilanggar oleh sebuah trak, tetapi lain pula nasibnya apabila dia bertemu dengan dewi cantik yang menawarnya peluang untuk dilahirkan semula di dunia lain. Dunia itu pula merupakan sebuah dunia ganas dan diancam oleh kejahatan yang semakin meningkat! Nasib baik dia boleh memilih mana-mana perkara untuk dibawa bersama. Jadi dia memilih dewi tersebut dan bermulalah pengembaraannya di dunia itu — jika dia dia boleh dapatkan wang dan makanan yang cukup untuk terus hidup, jauh daripada masalah dan mengelakkan diri daripada perhatian tentera Demon King.

Suatu hari, apabila Kazuma dan rakan-rakannya pulang dari Crimson Demon Village, sepucuk surat tiba. Dalam surat tersebut, Puteri Iris ingin mendengar kisah pengembaraan Kazuma dan kawan-kawannya yang mengalahkan ketua tentera Demon King. Puteri Iris telah melawat Axel bersama pengiring dan pendidiknya, Claire dan Rain.

©2024 暁なつめ・三嶋くろね/KADOKAWA/このすば3製作委員会

“Bukankah kamu kata kamu akan menceritakan pengembaraan kamu sekali lagi?”

Nampaknya Puteri Iris jatuh cinta dengan Kazuma!? Apabila Kazuma membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di ibu kota diraja! Semasa tinggal di sana atas arahan Iris, Kazuma menjalani kehidupan seperti seorang selebriti. Tetapi pada masa yang sama, satu insiden telah berlaku di ibu kota, di mana penyamun sedang membuat sesuatu di balakang tabir !?

©2024 暁なつめ・三嶋くろね/KADOKAWA/このすば3製作委員会

Untuk KonoSuba Season 3, animasinya akan dihasilkan oleh studio Drive yang turut menghasilkan siri spin-off Megumin. Jadi tidak peliklah jika kualitinya konsisten dengan siri spin-off tersebut. Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Manhwa Paling Popular Di ‘Webtoon’ Pada 2023!

Next Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd