Spinoff anime Konosuba yang menampilkan Megumin dan ahli Crimson Magic Clan akan menemui peminat tidak lama lagi. Bertajuk “Konosuba: An Explosion on This Wonderful World!“, siri anime ini akan ditayangkan pada 5 April 2023! Bukan itu sahaja, trailer terbaru juga telah didedahkan! Anda boleh menonton video trailer tersebut di bawah.
Dalam trailer tersebut, kita dapat mendengar lagu opening “Stay Free” yang dipersembahkan oleh Machico manakala lagu ending “Jump In” pula dinyanyikan oleh pelakon suara Megumin dan Yunyun, Takahashi Rie dan Aki Toyosaki.
Berikut adalah pelakon suara lain yang terlibat dalam Konosuba: An Explosion on This Wonderful World!:
- Maria Naganawa: Komekko
- Kaori Nazuka: Arue
- Miyu Tomita: Funifura
- Sayumi Suzushiro: Dodonko
- Shizuka Ishigami: Nerimaki
Takaomi Kanasaki, pengarah siri anime terdahulu akan menjadi ketua pengarah anime di Drive manakala Yujiro Abe akan mengarahkan siri spinoff ini. Makoto Uezu sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai penulis skrip dan Koichi Kikuta akan mereka watak. Untuk muzik pula, ianya akan dihasilkan oleh Masato Koda.

Untuk pengetahuan anda, mereka juga yang akan menghasilkan musim ketiga untuk anime Konosuba. Tentang siri tersebut, ia merupakan siri novel ringan yang ditulis oleh Natsume Akatsuki. Ia mengisahkan Kazuma Sato, yang telah dihantar ke sebuah dunia fantasi selepas kematiannya. Di situlah dia memulakan pengembaraan sebagai hero dengan parti yang unik seperti dewi, ahli magis dan seorang pahlawan.
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai siri Konosuba, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post