Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami tidak akan menyertai E3 2021 kerana ingin menyiapkan “key project” baru!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 3, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Pameran/Expo
0 0
0
Konami tidak akan menyertai E3 2021 kerana ingin menyiapkan “key project” baru!
Share on FacebookShare on Twitter

E3 atau Electronic Entertainment Expo merupakan acara terbesar untuk industri permainan video, dan tahun ini, E3 2021 akan berlangsung secara digital bermula 12 Jun sehingga 15 Jun 2021. Pelbagai studio permainan digital terkemuka akan menyertai acara tersebut, seperti Nintendo, Capcom, Konami, Ubisoft, Take-Two Interactive, Warner Bros. Games dan Koch Media. Namun, baru-baru ini Konami telah membuat pengumuman di Twitter bahawa studio mereka tidak akan menyertai acara E3 kali ini atas sebab tertentu.

pic.twitter.com/luT4jU890q

— Konami (@Konami) April 30, 2021

Konami menyatakan mereka tidak dapat menyertai acara E3 2021 kerana studio tersebut tidak bersedia dan sedang dalam pembangunan menyiapkan beberapa “key project”. Studio mereka juga berharap para peminat menantikan perkembangan baru menarik yang akan datang tidak lama lagi. Di dalam tweet tersebut juga, Konami menyatakan rasa hormat mereka kepada ESA serta akan menyokongnya dan mendoakan acara tahun ini lebih berjaya dari tahun lalu.

Pada awal bulan yang lalu, Konami telah mengumumkan permainan hack-and-slash terbaru mereka, GetsuFumaDen: Undying Moon sedang dalam pembangunan. Permainan ini akan dilancarkan ke platform PC dan Nintendo Switch pada tahun 2022 nanti. Mungkin GetsuFumaden adalah antara “key project” yang Konami sedang usahakan untuk peminat mereka.

Tambahan pula, sejak Hideo Kojima keluar dari Konami pada tahun 2015, studio tersebut telah kurang menghasilkan permainan besar dan hanya menumpukan kepada bahagian perniagaan lain. Mereka juga tidak membuat banyak kemaskini untuk permainan siri bola sepak, Pro Evolution Soccer pada tahun lalu. Jadi, peminat Konami pasti tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah “key project” tersebut.

Buat masa ini, Konami telah memutuskan mereka tidak akan menyertai E3 dan akan memfokuskan “key project”. Jadi sebagai peminat studio itu, anda mungkin perlu bersabar sehingga tahun 2022 untuk merasa permainan terbaru dari Konami. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara E3 2021, anda boleh menekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E3 2021ESAkonami
Previous Post

Fall Guys ditunda di konsol Xbox & Nintendo Switch, tetapi rasmi akan dapat fitur crossplay!

Next Post

Senarai Bonus Pre-order, Deluxe & Collector’s Edition Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Senarai Bonus Pre-order, Deluxe & Collector’s Edition Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin didedahkan!

Senarai Bonus Pre-order, Deluxe & Collector's Edition Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd