Semasa livestream acara Yu-Gi-Oh Duel Monsters: The Legend of Duelists QUARTER CENTURY, Konami telah mendedahkan bahawa game lama Yu-Gi-Oh akan dibawa ke platform moden. Dibawah tajuk “Yu-Gi-Oh Early Days Collections”, dua game yang akan tersedia dalam koleksi tersebut adalah Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist dan Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6 Expert 2!

Koleksi ini akan tersedia di platform Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Buat masa ini, tiada tarikh pelancarannya rasmi yang diumumkan. Jadi nantikan pengumuman lanjut mengenainya.
Tentang Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle of Great Duelist

Untuk pengetahuan anda, game ini telah dilancarkan pada Game Boy Color pada Disember 2000 dan hanya tersedia pada Game Boy Color. Ia juga merupakan entri ke-empat untuk siri Monster Duel. Yang menariknya game ini mempunyai tiga versi iaitu Yugi Deck, Kaiba Deck dan Joey Deck. Setiap satu daripadanya mempunyai 900 kad tetapi dengan pilihan yang berbeza untuk setiap versi.
Setiap God Card boleh digunakan selepas game ini diselesaikan tetapi ia hanya boleh didapatkan daripada versi lain melalui Trading.
Tentang Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6 Expert 2

Dilancarkan pada Game Boy Advance, Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6 Expert 2 telah dilepaskan di Jepun pada Disember 2001. Game ini turut mendapat versi baharu yang bertajuk Yu-Gi-Oh! Worldwide Edition: Stairway to the Destined Duel pada 2003.
Berlaku semasa Battle City arc, Pemain akan melawan duelist daripada anime dan manga. Pemain akan menyertai beberapa kejohanan dan bertarung dengan pihak lawan yang muncul pada skrin peta. Anda boleh mendapatkan kad dengan mengalahkan pihak lawan, memenangi kejohanan dan melalui majalah Duelist Weekly.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post