Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komponen PC MSI X Evangelion rasmi diumumkan – siap casing, motherboard, PSU dan cooler rekaan anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2022
in Aksesori, Anime, Artikel, Berita, Desktop, Hardware, Komputer, Teknologi
0 0
0
Komponen PC MSI X Evangelion rasmi diumumkan – siap casing, motherboard, PSU dan cooler rekaan anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada dua hari lepas, kami melaporkan bahawa MSI sedang mengusahakan produk yang diinspirasikan oleh anime Neon Genesis Evangelion dan akhirnya, mereka telah mempamerkan barisan komponen PC yang mengadaptasikan penampilan ikonik EVA-01 dengan skema warna ungu dan hijau.

MSI menerangkan projek ini seperti berikut:

MSI teruja untuk bekerjasama dengan EVANGELION e: PROJECT untuk mengumumkan kerjasama bagi motherboard, liquid cooler, power supply, dan PC case. EVANGELION e: PROJECT ialah jenama e-sukan yang menggabungkan dunia EVANGELION. Reka bentuk ini menggunakan rupa Evangelion Unit-01, dengan skema warna ungu dan hijau ikoniknya yang layak membantu pengguna DIY membina sistem gaming ikonik inspirasi Evangelion mereka sendiri.

Pertama sekali dalam koleksi ialah MAG B660 Tomahawk EVA e: Project, iaitu motherboard MSI B660 yang boleh digunakan dengan CPU Intel 12th Gen Alder Lake. B660 menyokong RAM DDR5 sehingga 6200Mhz, bersama dengan slot PCIe 4.0, sokongan Gen 4 M.2, port USB 3.2 Gen 2, LAN 2.5G dan WiFi 6E.

Pengurusan kuasa dijaga oleh 12+1+1 Duet Rail Power System, dan menurut MSI, ini adalah satu-satunya motherboard Tomahawk yang menyokong RAM DDR5. Jika anda mempunyai RAM terkini, memang ini adalah pilihan terbaik.

Seterusnya ialah casing ATX Gungnir 110R EVA e: Project, yang menampilkan kaca tempered untuk panel hadapan dan sisi. Ia dilengkapi dengan empat kipas ARGB dan pilihan I/O di bahagian hadapan termasuk port USB-C, dua port USB-A 3.2 Gen 1 dan port Mic In/Audio Out. Casing ATX ini boleh menyokong tiga kipas 120mm di hadapan, satu kipas di belakang, dan dua kipas tambahan di atas serta menyokong radiator 120mm hingga 360mm. Ia juga mempunyai dua slot SSD 2.5 inci dan hard drive mount 3.5 inci.

Seterusnya adalah cooler MAG Coreliquid C240 ​​EVA e: Project yang menyokong kedua-dua soket AM4 dan LGA1700, serta dilengkapi dengan dua kipas ARGB 120mm. Blok air tengah menampilkan RGB, manakala cable sleeve disediakan untuk tujuan pengurusan kabel.

Mengakhiri koleksi ini ialah A650BN EVA e: Project power supply, iaitu PSU 650w dengan kecekapan kuasa hingga 85% dan berukuran 150mm panjang.

Kesemua komponen PC di atas datang daripada kerjasama MSI x Evangelion dan akan tersedia tidak lama lagi lagi di Amerika Syarikat, tetapi tidak ada maklumat sama ada MSI akan menjual komponen ini di Malaysia.

Sumber – PRTimes, TomsHardware

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EvangelionGamingMSIPC
Previous Post

Pra-tempah Gran Turismo 7 versi fizikal bermula pada 7 Januari 2022!

Next Post

DLC terbaru Far Cry 6, Pagan:Control tersedia bermula 11 Januari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
DLC terbaru Far Cry 6, Pagan:Control tersedia bermula 11 Januari!

DLC terbaru Far Cry 6, Pagan:Control tersedia bermula 11 Januari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd