Selepas mengeluarkan banyak teaser, akhirnya Dead by Daylight melancarkan koleksi Attack on Titan yang boleh didapatkan mulai 20 Julai 2022. Ini merupakan kolaborasi pertama mereka dengan siri anime Attack on Titan dengan membawakan lebih banyak skin untuk survivor dan killer.
Sebelum ini, mereka telah mendedahkan tiga skin termasuk Eren Yeager untuk Dwight Fairfield, Hange Zoe untuk Zarina Kassir dan Oni sebagai Armored Titan. Semasa pelancaran, para peminat dikejutkan dengan lebih banyak skin. Berikut adalah senarai penuh skin survivor dan killer:
Survivor (Very Rare)
- Dwight Fairfield – Uniform Eren
- Yui Kimura – Uniform Mikasa
- Jake Park – Uniform Levi
- Meg Thomas – Uniform Annie
- Felix Richter – Uniform Armin
- Kate Denson – Uniform Historia
- Zarina Kassir – Uniform Hange
- Ace Visconti – Uniform Kenny
Killer (Ultra Rare)
- Oni – Armored Titan
- Spirit – War Hammer Titan

Dengan membeli skin Attack on Titan, anda akan diberikan ganjaran sehingga 5 Charm. Untuk mendapatkan setiap satu charm tersebut, anda perlu memenuhi kriteria untuk mendapatkannya.
- Cadet Corps Crest Charm – Log masuk semasa pelancaran Mid-Chapter
- Garrison Regiment Crest Charm – Dibuka dengan membeli mana-mana skin survivor AOT
- Military Police Regiment Crest Charm – Dibuka dengan membeli mana-mana 2 skin AOT
- Scout Regiment Corps Crest Charm – Dibuka dengan membeli mana-mana 3 skin AOT
- Wall Titan Charm – Dibuka dengan membeli skin killer AOT

Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa DBD akan mengadakan crossover bersama Resident Evil buat kali kedua yang dikenali sebagai ProjectW. Untuk peminat RE, sudah tentu yang terlintas dalam fikiran ialah Wesker.
Project Wesker merupakan projek yang diketuai oleh Oswell E. Spencer yang ingin menghasilkan manusia yang lebih hebat. Mungkin ramai yang inginkan Mr X dalam DBD tetapi kalau ada manusia super dalam game ini, mungkin pemain boleh dapatkan gameplay yang lebih unik pada masa akan datang.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa koleksi Attack on Titan boleh didapatkan dalam store in-game Dead by Daylight bermula hari ini bersamaan 20 Julai 2022. Apa pun kesemua skin nampak sangat menarik lagi-lagi Armored Titan. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Dead by Daylight, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post