Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi fesyen ROG Slash 2022 tiba di Malaysia, harga bermula RM399

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2022
in Artikel, Berita, Fesyen, Teknologi
0 0
0
Koleksi fesyen ROG Slash 2022 tiba di Malaysia, harga bermula RM399
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengumumkan bahawa koleksi aksesori fesyen ROG Slash Crossbody Bag, Hip Bag, Laptop Bag, dan Bucket Hat -yang memfokuskan kepada para gamer- secara rasminya telah mula dijual di Malaysia. Diinspirasikan oleh cyberpunk dan dunia digital moden, produk ini dibuat dengan bahan premium dan menampilkan estetika budaya gaming.

Produk ROG Slash baharu menampilkan reka bentuk berani dengan warna merah-ungu dan biru elektrik diinspirasikan oleh game multiplayer tradisional di mana pemain selalunya dibezakan mengikut merah dan biru. Dengan tali boleh laras, berbilang poket dan diperbuat daripada bahan TPU kalis air, ROG Slash bersiap sedia untuk menjamin keperluan kehidupan seharian.

Produk yang ditawarkan

Pertama sekali, kita ada ‘ROG Slash Crossbody Bag’ padat yang mempunyai binaan ‘hardcase’ untuk perlindungan tambahan, dan menampilkan skema warna yang berani serta kancing bersaiz besar untuk memberikan rupa yang menyerlah. Poket berzip hadapan dan zip capai-pantas untuk ruang utama membolehkan penyimpanan barang yang cepat dan mudah, manakala tali bahu boleh laras dengan “snap hook 360°” memastikan beg sentiasa selamat dan selesa pada badan.

Kedua, kita ada ‘ROG Slash Hip Bag’ yang mempunyai poket utama untuk keperluan harian dan poket akses pantas untuk kad. Beg ini boleh dipakai di pinggang atau disangkut di bahu, dengan kancing magnet Fidlock yang mudah dicapai dalam mana-mana situasi.

Ketiga, kita ada ‘ROG Slash Laptop Bag’ yang direka untuk komputer riba sehingga 15.6 inci dan boleh dibawa atau disangkut pada bahu. Beg ini mempunyai fabrik dalaman bercorak khas, kusyen EVA dan tali untuk melindungi komputer riba semasa pengangkutan. ROG Slash Laptop Bag juga mempunyai tali bagasi untuk perjalanan yang lebih jauh.

Akhir sekali adalah ‘ROG Slash Bucket Hat’ yang menawarkan perlindungan matahari 360° dengan menampilkan reka bentuk bertema ROG eksklusif dan butiran tersembunyi. Topi ini adalah kalis air, jadi ia sesuai untuk digunakan dalam sebarang cuaca.

Harga dan ketersediaan

Semua produk kecuali ROG Slash Bucket Hat (akan datang tidak lama lagi) boleh didapati sekarang di Malaysia melalui Shopee. Berikut adalah pautan dan harga rasmi:

ROG SLASH Crossbody Bag – RM399.00

ROG SLASH Hip Bag – RM499.00

ROG SLASH Laptop Bag – RM399.00

Untuk segala liputan kami tentang ROG termasuk teknologi, fesyen dan lain-lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: fesyenMalaysiaROG Slash 2022
Previous Post

Ace Angler: Fishing Spirits datang di Nintendo Switch pada 27 Oktober 2022

Next Post

Senarai game terbaik sepanjang Ogos 2022! Ada Gigabash, Saints Row dan banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Senarai game terbaik sepanjang Ogos 2022! Ada Gigabash, Saints Row dan banyak lagi!

Senarai game terbaik sepanjang Ogos 2022! Ada Gigabash, Saints Row dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd