Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiga nama besar: BioShock, Borderlands & XCOM 2 akan hadir di Nintendo Switch pada 29 MEI 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Tiga nama besar: BioShock, Borderlands & XCOM 2 akan hadir di Nintendo Switch pada 29 MEI 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam siaran langsung Nintendo Direct, 2K telah mengumumkan bahawa BioShock: The Collection, Borderlands Legendary Collection, dan XCOM 2 Collection semuanya akan tiba di Nintendo Switch pada 29 Mei.

Dalam segmen yang didedikasikan untuk permainan 2K, Nintendo mendedahkan bahawa tiga siri utama daripada penerbit 2K akhhirnya akan keluar di Switch dan semuanya siri-siri terkenal. BioShock: The Collection mengandungi ketiga-tiga game BioShock serta pek DLC, yang termasuk expansion Burial at Sea untuk BioShock Infinite dan jalan cerita Minerva Den untuk BioShock 2.

Borderlands Legendary Collection pula mempunyai Borderlands, Borderlands 2, dan The Pre-Sequel, serta kandungan tambahan. Jika anda seorang peminat siri ini, anda akan tahu bahawa ada banyak DLC untuk Borderlands 2. Ini menjadikannya koleksi tersebut sesuatu yang setiap peminat Borderlands harus kumpul.

XCOM 2 Collection mempunyai permainan asas bersama dengan pek expansion War of the Chosen, yang menambah beberapa BOSS FIGHT mencabar bersama dengan beberapa mekanik bonus, dan DLC tambahan.

2K juga mendedahkan bahawa ketiga-tiga koleksi itu boleh didapati dalam versi fizikal, tetapi kartrij hanya mengandungi bahagian kecil permainan, manakala yang lain memerlukan sambungan internet untuk dimuat turun. Versi fizikal BioShock: The Collection mengandungi tiga jalan cerita pertama untuk semua permainan, Borderlands hanya mengandungi permainan pertama, dan XCOM 2 mengandungi dua misi pertama untuk kempen asas.

Semua permainan ini akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 29 Mei dan boleh didapati untuk pra-pesanan pada harga $49.99 USD (RM213.33) tetapi Nintendo menyatakan bahawa tarikh ini boleh berubah disebabkan oleh koronavirus (COVID-19). Koleksi di atas hanyalah antara beberapa permainan video yang didedahkan oleh Nintendo. Untuk senarai penuh, anda boleh tonton di bawah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bioshockBorderlandsnintendonintendo switchXCOM 2
Previous Post

Untuk alami shooter paling realistik, cuba Ghost Recon Breakpoint secara PERCUMA hujung minggu ini!

Next Post

Pelakon suara Datuk Kame di Dragon Ball, Hiroshi Masuoka meninggal dunia pada usia 83

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pelakon suara Datuk Kame di Dragon Ball, Hiroshi Masuoka meninggal dunia pada usia 83

Pelakon suara Datuk Kame di Dragon Ball, Hiroshi Masuoka meninggal dunia pada usia 83

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd