Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi PUBG Mobile & Dragon Ball Super akan datang dalam Update 2.7!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Kolaborasi PUBG Mobile & Dragon Ball Super akan datang dalam Update 2.7!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Krafton Inc. telah mengumumkan bahawa kolaborasi unik PUBG Mobile dan Dragon Ball Super akan datang tidak lama lagi ke dalam game mobile. Secara lebih khusus lagi, kolaborasi ini kemungkinan besar akan dilancar pada bulan Julai dalam Update 2.7 menurut media lain (berita ini masih belum disahkan).

PUBG Mobile hanya mengumumkan kerjasama itu melalui tweet, yang anda boleh lihat di bawah:

Something exciting is detected on your radar…
PUBG MOBILE x Dragon Ball Super is coming soon!https://t.co/BObZGxJ08Q#PUBGMOBILE #PUBGMxDragonBallSuper #DragonBallSuper pic.twitter.com/QAW8wdcQ4X

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) June 30, 2023

Selain visual yang dipaparkan di atas, mereka tidak mendedahkan apa-apa berita lanjut. Saya tidak tahu bila acara ini akan bermula dan apa isi kandungannya. Tetapi menurut laman Bleeding Cool, mereka menerima siaran akhbar yang berkata:

“Pernah diumumkan pada Ogos 2022, kerjasama ini menandakan kali pertama Dragon Ball Super berkolaborasi dengan game mobile dan dijangka untuk menjadi salah satu kolaborasi terbesar dalam sejarah PUBG Mobile.

Pada bulan Julai, jumlah kandungan dalam permainan yang tidak terkira akan dilancar di medan pertempuran untuk Version 2.7, termasuk mode permainan baharu inovatif, watak Dragon Ball Super yang digemari dan pelbagai set dan item terhad.

Kredit: TOEI Animation

Jadi apa yang baru?

Kredit: TOEI Animation

Pertama sekali, PUBG Mobile akan memperkenalkan sejumlah skin baru berdasarkan watak popular daripada francais Dragon Ball. Selain skin, pemain boleh mendapatkan emote ikonik, seperti “Power-up” dan “Fusion dance“. Tahun lepas, Krafton pernah mengeluarkan Google form di mana mereka meminta pemain untuk mengundi watak yang mereka ingin lihat dalam kolaborasi ini. Senarai watak yang disertakan adalah seperti berikut:

  • Son Goku
  • Vegeta
  • Trunks
  • Gohan
  • Piccolo
  • Bulma
  • Frieza
  • Cell

Kebanyakan watak ini mungkin muncul dalam dalam update akan datang. Walau bagaimanapun, bukan semuanya percuma. Sebaliknya, permain mungkin perlu membelanjakan duit sebenar untuk memperoleh skin di atas. Seterusnya, pemain boleh menantikan acara bertemakan Dragon Ball di mana peta klasik akan diubah suai untuk merupai dunia Goku dan merangkumi acara unik “Mencari Dragon Ball” seperti di dalam manga dan anime.

Kredit: Bandai Namco

Jika laporan semuanya betul, kolaborasi PUBG Mobile dan Dragon Ball Super akan datang dalam Update 2.7. Buat masa ini, pemain hanya boleh tunggu jawapan rasmi daripada pembangun.


Baca segala berita kami tentang PUBG Mobile di SINI.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pubg mobileSuper Dragon Ball
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Oshi no Ko Musim 2 Diumumkan! Bakal Adaptasi 2.5D Stage Play Arc!

Next Post

SEGA Summer Sale Sudah Bermula di Steam! Dapatkan Diskaun Sehingga 85% Untuk Game Kegemaran Anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
SEGA Summer Sale Sudah Bermula di Steam! Dapatkan Diskaun Sehingga 85% Untuk Game Kegemaran Anda!

SEGA Summer Sale Sudah Bermula di Steam! Dapatkan Diskaun Sehingga 85% Untuk Game Kegemaran Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd