Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi Kedua “eFootball x Captain Tsubasa” Bermula Sekarang dengan Ganjaran Eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kolaborasi Kedua “eFootball x Captain Tsubasa” Bermula Sekarang dengan Ganjaran Eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited secara rasmi melancarkan eFootball x Captain Tsubasa Collaboration Volume 2, yang memperkenalkan kandungan baharu dan menarik serta ganjaran eksklusif untuk para pemain.

Kemas kini terbaru ini menawarkan bonus log masuk istimewa, termasuk kad pemain edisi terhad yang dilukis oleh pencipta Captain Tsubasa, Yoichi Takahashi. Antara bintang yang ditampilkan ialah legenda bola sepak Neymar Jr. dan Lionel Messi, yang digayakan semula dalam seni ikonik Captain Tsubasa.

Kredit: Konami

Sebagai tambahan, kolaborasi ini turut menampilkan kad crossover khas yang menggabungkan watak Captain Tsubasa dengan pemain legenda sebenar yang terkenal dengan kehebatan mereka:

  • Michel Platini x Elle Sid Pierre
  • Eric Cantona x Louis Napoleon
  • Diego Forlán x Ramon Victorino
Kredit: Konami

eFootball Championship 2025 Qualifiers Bermula

Selain kolaborasi ini, KONAMI juga telah memulakan pusingan kelayakan untuk ‘eFootball™ Championship 2025’, yang menjadi langkah pertama ke arah kejohanan eFootball Championship 2025 Open tahun ini. Dengan hampir 40 juta penyertaan tahun lalu, kejohanan esukan global ini terbuka kepada semua pemain.

Mereka yang berjaya melepasi pusingan kelayakan Open akan layak bertanding di eFootball™ Championship 2025 World Finals, yang dijadualkan berlangsung pada musim panas 2025.

Pusingan kelayakan pertama akan berlangsung dari 30 Januari hingga 6 Februari, sebagai sebahagian daripada Challenge Event.

Kredit: Konami

Pemain yang log masuk sepanjang kempen eFootball x Captain Tsubasa ini akan menerima Item Selector, yang boleh digunakan untuk menebus tiga training program. Dengan menyertai PVP dan Challenge Event, pemain juga berpeluang membuka ganjaran berikut:

  • Sehingga 40,000 GP
  • Dua Skill Training Program
  • Satu Random Booster Token
  • Dua Position Training Item

Selain itu, sepanjang Pusingan 1, pemain boleh memperoleh ganjaran tambahan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul:

  • Sehingga 100 eFootball Coins
  • 1,000 eFootball Points
  • 100,000 GP

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: captain tsubasaEfootball
ShareTweetSend
Previous Post

Spy x Family: Ibu Kandung Anya Akhirnya Didedahkan Buat Kali Pertama!

Next Post

Reviu Sid Meier’s Civilization VII – Membina Empayar Di Era Berbeza, Satu Perjalanan Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Reviu Sid Meier’s Civilization VII – Membina Empayar Di Era Berbeza, Satu Perjalanan Dunia!

Reviu Sid Meier’s Civilization VII - Membina Empayar Di Era Berbeza, Satu Perjalanan Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd