Memang tidak boleh diragukan bahawa Mobile Legends adalah salah satu permainan MOBA paling popular di Asia Tenggara untuk pelantar mudah alih. Dengan playerbase yang besar di rantau ini, pemaju Moonton sentiasa menghasilkan skin baru berilhamkan tokoh-tokoh sejarah seperti Badang dari Malaysia, Gatot Kaca dari Indonesia, dan baru-baru ini skin epic Manny Pacquiao dari Filipina. Nampaknya mereka masih belum berhenti membuat kejutan, kerana sebuah kolaborasi epik antara Mobile Legends x Star Wars akan datang tidak lama lagi.
Mobile Legends: Bang Bang X Star Wars collaboration!
What will be sparked when the universe of Star Wars meets the Land…Posted by Mobile Legends: Bang Bang on Monday, May 3, 2021
Seperti yang anda semua baca di tajuk, Mobile Legends mengesahkan di laman media sosial bahawa kolaborasi Mobile Legends x Star Wars akan hadir tidak lama lagi dan akan tersedia di negara Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos, Timor Timur, dan Jepun.
Walaupun Moonton tidak mendedahkan banyak info tentang kolaborasi ini, beberapa pembocor maklumat di internet mendedahkan dua skin istimewa iaitu:
- Argus bertema Darth Vader
- Cyclops bertema Master Yoda
Pembocor maklumat yang sama juga mendedahkan bahawa acara “The Force Awakens” akan bermula pada 22 Mei, dan permainan akan memperkenalkan sejumlah skin bertema Star Wars untuk Miya, Balmond, dan Eudora.
MLBB X STAR WARS | #maythe4thbewithyou on May 22
Argus – Darth Vader & Cyclops – Master Yoda Skins are available via “…
Posted by ML_Leaks – Mobile Legends on Monday, May 3, 2021
Satu lagi info menarik untuk anda semua tahu adalah Moonton memilih untuk mengumumkan kolaborasi tersebut pada hari ini, 4 Mei (hari yang sering dikaitkan dengan budaya pop Star Wars). Dengan kolaborasi akan datang ini, nampaknya francais Star Wars pun akan berkembang ke arah MOBA mudah alih.

@gamersantaimy
Discussion about this post