Semasa siaran langsung Tokyo Game Show 2021 hari ini, SNK telah berkongsi lebih banyak info tentang “fighting game” akan datangnya, The King of Fighters XV. Di sini, kita dapat melihat treler KOF XV terkini yang memperkenalkan watak baru Isla, yang disuarakan oleh Lynn. SNK juga mengesahkan bahawa Isla akan menjadi pesaing kepada Shun’ei dan memainkan peranan yang penting dalam jalan cerita keseluruhan. Anda boleh melihat treler gameplay debut Isla di bawah:
Seperti yang anda dapat lihat, para pemaju mengesahkan bahawa Isla mempunyai kuasa spiritual yang sama dengan Shun’ei. Sumber kuasa ini masih diselubungi dalam misteri tetapi ramai syak ia mempunyai kaitan dengan Verse, bos terakhir dalam King of Fighters 14. Di dalam treler, Isla hanya perlu menuding jari untuk menyeru sejenis tangan untuk menyerang pihak lawan dari jarak jauh, lantas memberikan jarak serangan yang lebih jauh berbanding watak lain. Tapi jangan salah sangka! Serangan Isla lebih kuat apabila dia bertarung bersama dengan tangan tersebut secara bersama. Ini menjadikannya sebagai watak yang agak fleksibel di atas medan pertempuran.

Selain daripada treler gameplay Isla, SNK mendedahkan yang KOF XV akan menggunakan “rollback netcode” (input serta merta apabila bermain online) dan jamin lebih banyak watak baru akan diumumkan pada masa depan.
Buat masa ini, jumlah total watak dalam permainan adalah 39 secara keseluruhan manakala 6 watak tambahan sedang dirancang sebagai kandungan DLC. Sekiranya anda tidak pernah bermain game King of Fighters sebelum ini, ia merupakan “3v3 fighting game” dari SNK dan merupakan pesaing rapat kepada Street Fighter. King of Fighters XV adalah permainan terkini dalam francais sejak pelancaran King of Fighters XIV pada tahun 2016. King of Fighters 15 sepatutnya dilancarkan pada tahun 2021, tetapi ditunda kerana komplikasi pembangunan yang berkaitan dengan COVID-19.

The King of Fighters XV kini akan dilancarkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan PC pada 17 Februari 2022. Pra-pesanan sudah pun bermula.
Untuk segala liputan kami tentang TGS 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post