Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!

Maira by Maira
November 8, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Indie Live Expo Winter 2021, Kodansha dan Hiro Mashima mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan pertandingan untuk mencari seseorang untuk membangunkan permainan Fairy Tail. Permohonan akan bermula dari 1 Disember 2021 dan berakhir pada 17 Januari 2022. Pemenang boleh menerima geran 15 juta Yen iaitu sekitar RM 548 ribu!

10 juta Yen wang geran tersebut datang dari Hiro Mashima sendiri dan selebihnya akan diberikan oleh Kodansha. Bagi yang tidak tahu, Hiro Mashima adalah pencipta Fairy Tail. Menurut Kodansha, permainan itu perlu menyampaikan daya tarikan watak Fairy Tail. Permainan yang direka boleh menggunakan konsep permainan sedia ada atau mana-mana genre yang ada. Anda tidak perlu menjadi peminat Fairy Tail untuk memohon dalam pertandingan ini.

Pembangunan untuk permainan perlu mengambil masa kira-kira setahun dan ia boleh dibuat pada mana-mana platform. Pembangun juga akan bertanggungjawab memasarkan dan mengedarkan permainan tersebut. Selain itu, Kodansha akan berkongsi keuntungan selepas keluaran dengan pembangun. Akhir sekali, jika pembangun merupakan sebuah pasukan yang mempunyai orang, wang geran yang diberikan adalah untuk seluruh pasukan.

Kodansha menyiarkan jadual tentatif selepas permohonan ditutup. Pada Februari 2022, ia akan meneliti dokumen dan pada separuh pertama bulan Mac, ia akan mula mengadakan temu duga. Pada akhir Mac, ia akan membuat kontrak dan pada April 2022, ia akan menandatangani kontrak dengan pemenang yang disahkannya. Oleh itu, sebahagian daripada kriteria untuk permohonan termasuk pembangun mestilah berumur lebih daripada 18 tahun menjelang April 2022.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Permohonan untuk membangunkan permainan Fairy Tail akan dibuka pada 1 Disember 2021 oleh Kodansha Creators’ Lab dan akan ditutup pada 17 Januari 2022. Selain itu, Hiro Mashima juga ada mengumumkan adaptasi anime Fairy Tail 100 Years Quest beberapa bulan yang lalu. Anda jua boleh mendapatkan liputan lain mengenai Fairy Tail melalui pautan ini.

Sumber: siliconera

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fairy TailHiro MashimaKodansha
Previous Post

Menurut kajian, Malaysia adalah negara ke-3 tertinggi yang mencari “Hentai” di Google

Next Post

Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022

Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd