Tidak lama lagi game real-time strategy (RTS) terbaru daripada THQ Nordic dan Black Sea Games iaitu Knights of Honor 2: Sovereign akan keluar tidak lama lagi dan mereka telah mendedahkan gameplay untuk mode multiplayer. Game ini akan tersedia untuk platform PC sahaja dan akan dikeluarkan pada 7 Disember ini.
Anda boleh tengok trailer untuk mode Multiplayer di bawah:
Di dalam trailer tersebut, mereka telah mendedahkan lima mode yang boleh dimain di dalam game ini seramai enam orang. Mode tersebut adalah:
First blood
- Hapuskan pemain lain dengan menakluk semua wilayah mereka.
Peasants Rush
- Pertempuran kejam untuk kawalan wilayah. Pasukan pertama yang berjaya mengembangkan wilayah mereka ke beberapa wilayah terpilih dan mengawal kawasan tersebut menjadi pemenang.
Destroy Kingdom
- Anda harus meruntuhkan kerajaan yang dipilih secara rawak.
Greedy King
- Jadi pemerintah terkaya dengan mendapatkan harta daripada kerajaan lain dengan menggunakan pelbagai cara.
War for Goods
- Mode yang paling mencabar, memerlukan anda untuk mendapatkan sumber yang “rare” daripada empayar lain, pembangunan ekonomi untuk membina bangunan dan melakukan naik taraf. Matlamat mode ini adalah untuk menyediakan beberapa set barangan unik untuk kerajaan anda.

Knights of Honor 2: Sovereign berlatarkan di Eropah pada Zaman Pertengahan, di mana pemain boleh memilih kerajaan mereka dari kalangan Eropah, Afrika Utara dan beberapa bahagian Asia. Anda akan menjadi Raja dan boleh melantik marsyal, pedagang, ulama, diplomat dan pengintip untuk menyertai mahkamah diraja.
Anda boleh memilih cara untuk memerintah, sama ada melalui diplomasi yang licik atau penaklukan yang kejam. Game ini juga mempunyai pelbagai mod untuk anda bermain bersama rakan-rakan secara online.
Berikut adalah kisah tentang Knights of Honor 2: Sovereign:

Knights of Honor II: Sovereign: Menjadi Raja dan bergelut untuk menguasai Eropah dalam game strategi pada zaman pertengahan ini. Sovereign mengandungi semua perkara yang diingini oleh pemain untuk game strategi, mempersembahkan dunia sebagai makhluk kecil yang hidup, bernafas dan boleh diperintah.
Pilih istana diraja anda dengan berhati-hati dan tentukan nasib rakyat anda, sama ada kekayaan, penaklukan, tipu daya, perdagangan, atau kekalahan! Bangkitkan tentera untuk mempertahankan tanah anda atau berperang dengan musuh – terjun ke pertempuran secara langsung dalam RTS yang penuh aksi. Jalannya dibuka: jadilah Sovereign sejati rakyatmu.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa Knights of Honor 2: Sovereign akan dikeluarkan pada 7 Disember ini dan hanya untuk platform PC melalui Steam sahaja. Jangan lupa ajak rakan-rakan anda untuk mencuba mode multiplayer yang ada dalam game ini nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post