*AMARAN! Spoiler di bawah*
Manga One Piece sedang mencapai klimaks di story arc Wano lebih dari sebulan, dan peminat-peminat termasuk diri saya sendiri tidak sabar untuk melihat perkembangan seterusnya. Anime baru hendak masuk story arc Wano dengan Big Mom terdampar di pantai, tetapi manga sudah jauh kemajuannya. Sebuah pertarungan besar bakal berlaku di atas pulau dan berkat kemunculan seorang individu, krew Straw Hat telah bertambah kuat.
Jika anda telah menunggu lama untuk kepulangan Jinbe, kini anda boleh bergembira. Jinbe berpisah daripada krew Straw Hat di Whole Cake Island, tetapi akhirnya kembali ke rakan-rakannya pada saat terbaik. Semua ahli sudah bersatu, jadi anda boleh bayangkan betapa kuatnya krew Straw Hat sekarang.
Seperti yang anda dapat lihat dalam isu terbaru One Piece, peminat akan melihat Jinbe di halaman-halaman terakhir. Dia muncul selepas Straw Hat, Heart Pirates, dan Kid Pirates memulakan pertarungan dengan Beast Pirates. Beast Pirates hampir tertewas dengan gandingan Luffy, Law, dan Kid lalu cuba melarikan diri. Sebaliknya, mereka sebenarnya ingin melancarkan serangan hendap di laut, dan hampir berjaya sebelum Jinbe muncul dan hancurkan kapal tersebut.
“Saya berasal daripada daerah Fish-Man di kerajaan Ryugu. Saya hanyalah pendatang baru yang rendah diri dan walaupun banyak menyusahkan orang di sekeliling, tetap dihulurkan cawan sake daripada kapten Straw Hat,” kata Jinbe. “Maaf kerana buat awak tunggu seperti itu!! Tetapi saya telah kembali, seperti yang saya janjikan, Luffy !!!”
Seperti gambar di atas, krew Straw Hat sangat teruja untuk melihat Jinbe, dan seluruh rakan sekutu mereka pun terkejut. Law pun tidak tahu tentang keputusan Jinbe untuk menyertai Straw Hat. Dengan bekas Shichibukai kini di sisi mereka, pertarungan menentang Kaido dan Orochi telah menjadi lebih mudah dengan Jinbe sebagai pemandu kapal (helmsman).
@gamersantaimy
Discussion about this post