Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Klip baru anime Cyberpunk: Edgerunners didedahkan dalam trailer terbaru Netflix!

Maira by Maira
May 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Klip baru anime Cyberpunk: Edgerunners didedahkan dalam trailer terbaru Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada tahun 2020, adaptasi anime yang berdasarkan game Cyberpunk 2077 sunyi seketika tanpa sebarang kemas kini baru. Bayangkan betapa terkejutnya, apabila beberapa adegan anime tersebut diselitkan dalam video trailer daripada Netflix untuk mempromosikan “Geeked Week” yang berlangsung pada 6 – 10 Jun ini. Anda boleh menonton trailer tersebut dibawah.

Untuk pengetahuan anda, anime Cyberpunk: Edgerunners ini merupakan dihasilkan dengan kerjasama antara CD Projekt Red, Studio Trigger dan Netflix. Penceritaan anime ini akan berlaku dalam alam semesta yang sama dengan game Cyberpunk 2077. Ia merupakan kisah standalone dan akan tersedia sebanyak 10 episod.

Cyberpunk: Edgerunners menceritakan kisah seorang kanak-kanak jalanan yang cuba hidup dalam sebuah bandar futuristik yang obses pada teknologi dan pengubahsuaian badan. Setelah kehilangan segala-galanya, dia telah memilih untuk meneruskan kehidupan dengan menjadi seorang “edgerunner” — orang upahan yang dikenali sebagai cyberpunk.

Syarikat animasi yang berpusat di Jepun, Studio Trigger, akan berfungsi sebagai studio animasi dalam siri ini dan menghidupkan dunia Cyberpunk dengan gaya mereka yang istimewa. Hiroyuki Imaishi (Gurren Lagann, Kill la Kill, Promare) akan mengarahkan siri ini bersama dengan penolong pengarah Masahiko Otsuka (Gurren Lagann, Promare), pengarah kreatif Hiromi Wakabayashi (Kill la Kill) , Perancang watak Yoh Yoshinari (Little Witch Academia, BNA: Brand New Animal) dan Yuto Kaneko (Little Witch Academia), serta lakon layar yang diadaptasi oleh Yoshiki Usa (SSSS.GRIDMAN , Promare) dan Masahiko Otsuka (Gurren Lagann, Kill la Kill, Promare). Skor asal akan disusun oleh Akira Yamaoka (siri Silent Hill).

Studio Trigger kalau buat anime memang kita tahu gempak hasilnya. Dengan latar belakang Cyberpunk yang sememangnya kena dengan gaya Trigger, kita boleh harapkan beberapa adegan memukau daripada mereka. Nantikan maklumat baru mengenai anime ini di Netflix pada Jun 2022. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CYBERPUNK: EDGERUNNERSnetflix
Previous Post

Bagaimana Persona 4 Arena Ultimax tercipta? Interview bersama Kazuhisa Wada dari Atlus

Next Post

Ubisoft+ akan tersedia untuk pelanggan PS Plus bermula 24 Mei ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ubisoft+ akan tersedia untuk pelanggan PS Plus bermula 24 Mei ini!

Ubisoft+ akan tersedia untuk pelanggan PS Plus bermula 24 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd