Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah Sasuke & Sakura dapat versi anime, jadi filler untuk Boruto!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Kisah Sasuke & Sakura dapat versi anime, jadi filler untuk Boruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru keluar hujung bulan Oktober lalu, kini manga Sasuke Retsuden akan mendapat adaptasi anime pada 8 Januari 2023. Spin-off anime ini akan disiarkan melalui siri Boruto selepas tamat “Labyrinth Game Arc“. Walaupun khabar angin masih belum dipastikan, namun terdapat beberapa sumber terkenal telah mengesahkannya.

https://twitter.com/shonenleaks/status/1603111187818086400?s=20&t=s8nKVfxUAbkS89D-wkv3DA

Seperti yang dilporkan oleh @shonenleaks, Sasuke Retsuden akhirnya akan mendapat adaptasi animenya. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjadi siri anime solo kerana ia akan dimasukkan ke dalam anime Boruto yang sedang berlangsung sebagai arc berasingan.

Tajuk untuk dua episod pertama telah didedahkan:

  • Episode 1 Sasuke Retsuden (Boruto: Naruto Next Generation episod 282) : Sasuke Retsuden: Infiltration
  • Episode 2 Sasuke Retsuden (Boruto: Naruto Next Generation episod 283) : Sasuke Retsuden: Star Lines

Butiran mengenai studio animasi untuk Sasuke Retsuden masih belum didedahkan lagi. Kita juga tidak tahu bagaimana cerita ini akan dimasukkan ke dalam anime Boruto yang masih berjalan, ini kerana kisah Sasuke berlaku sebelum siri Boruto bermula.

Apabila bercakap tentang watak anime yang bermasalah, nama Uchiha Sasuke sering disebut. Hal ini kerana dia telah meninggalkan kampungnya dan pergi ke Orochimaru untuk mendapatkan kuasa supaya dapat mengalahkan abangnya, Itachi. Kemudian dia mendapat tahu bahawa abangnya dengan sukarela mengikut arahan orang atasan kampung Konoha untuk membunuh seluruh puak, termasuk ibu dan bapanya.

Selepas mendapat tahu hal sebenar, Sasuke berazam untuk memusnahkan kampung Konoha, tetapi di penghujung siri Naruto, dia telah menyedari kesilapannya dan meninggalkan kampung untuk menebus kesilapannya. Ramai peminat Naruto ingin lihat bagaimana dia menebus kesilapannya yang lalu.

Selain daripada itu, Sasuke Retsuden juga akan menceritakan serba sedikit tentang hubungan cinta Sasuke dan Haruno Sakura yang ramai peminat ingin tahu. Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Sasuke pergi ke Institut Penyelidikan Astronomi, jauh dari Land of Fire… Untuk mencari jejak seorang penjenayah, dia menyertai Sakura dalam misi ini dan memulakan penyiasatan rahsia. Walau bagaimanapun, rancangan antara hidup-atau-mati sudah bermula! Pasangan suami isteri itu kini harus menyahut cabaran yang datang daripada penyelidikan mengerikan ini.”

Pasti anda tidak sabar untuk menonton adaptasi anime Sasuke Retsuden bukan. Jadi jangan lupa tonton anime Boruto: Naruto Next Generation pada 8 Januari 2023 untuk episod pertama Sasuke Retsuden.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Sasuke, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoruto: Naruto Next GenerationsSasuke RetsudenSasuke Uchiha
Previous Post

[Review] iQOO 11 5G- Phone flagship serba lengkap, senjata hebat untuk para gamer!

Next Post

Review Just Dance 2023 Edition – Menari dengan bergaya di rumah!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Review Just Dance 2023 Edition – Menari dengan bergaya di rumah!

Review Just Dance 2023 Edition - Menari dengan bergaya di rumah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd