Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah penuh pancaroba! Sinopsis penuh tentang GTA 5!

safwan by safwan
April 20, 2022 - Updated on May 12, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kisah penuh pancaroba! Sinopsis penuh tentang GTA 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang mengenali Grand Theft Auto 5 (GTA 5) dengan menggunakan mod dan bermain GTA Online sahaja. Tahukah anda bahawa GTA 5 mempunyai jalan penceritaan yang menarik. Sebelum pergi lebih dalam mengenai jalan cerita GTA 5, jom saya terangkan dahulu game ini.

GTA 5 ialah game action-adventure yang dibangunkan oleh Rockstar North dan diterbitkan oleh Rockstar Games pada 2013. Ianya merupakan entri yang ketujuh untuk francais Grand Theft Auto selepas GTA IV. Game ini berlaku di San Andreas yang berdasarkan California Selatan.

Game ini mempunyai tiga watak utama yang boleh dimainkan ialah Michael De Santa, Franklin Clinton dan Trevor Philips. Mereka banyak melakukan rompakan walaupun mereka sedang di bawah tekanan daripada agensi kerajaan yang korup dan penjenayah. Dengan reka bentuk open world, korang bebas menjelajah kawasan luar bandar dan bandar San Andreas.

Cukuplah sekadar itu untuk memperkenalkan game ini kepada anda. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom ikut saya menceritakan tentang jalan cerita GTA 5.

Michael De Santa

Pada tahun 2004, Michael Townley, Trevor Philips dan Brad Snider mengambil bahagian dalam rompakan yang gagal di Ludendorff, Yankton Utara. Sembilan tahun kemudian, Michael tinggal bersama keluarganya di bandar Los Santos dengan nama alias Michael De Santa, setelah membuat perjanjian rahsia dengan ejen Federal Investigation Bureau (FIB) Dave Norton untuk terus bersembunyi.

Franklin Clinton

Franklin Clinton bekerja untuk seorang jurujual kereta yang korup dan bertemu dengan Michael semasa cuba mengambil semula kereta anaknya. Kedua-duanya kemudian menjadi kawan. Apabila Michael mendapati isterinya tidur dengan jurulatih tenisnya, dia dan Franklin mengejar jurulatih itu ke sebuah rumah agam lalu menghancurkan rumah tersebut.

Pemilik rumah agam itu, Martin Madrazo menuntut pampasan daripada Michael. Untuk mencari wang pampasan, Michael kembali ke kehidupan jenayah dan meminta Franklin sebagai rakan jenayahnya. Dengan bantuan rakan lama Michael Lester Crest, seorang penggodam yang kurang upaya, mereka merompak sebuah kedai barang kemas untuk membayar hutang.

Trevor Philips

Sementara itu, Trevor, yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan di pinggir Los Santos, mendengar tentang rompakan itu dan menyedari ia adalah kerja Michael. Trevor percaya Michael terbunuh dalam rompakan Ludendorff. Trevor menemui Michael dan bersatu semula dengan memaksa Michael untuk menerimanya kembali ke dalam hidupnya.

Seiring dengan berlalunya masa, kehidupan protagonis semakin tidak terkawal. Tingkah laku jenayah Michael mendorong keluarganya untuk meninggalkannya. Apabila dia kemudiannya menjadi penerbit filem, dia berkonflik dengan Devin Weston, seorang jutawan venture capitalist dan corporate raider, yang cuba menutup studio Michael. Michael menggagalkan usahanya dan secara tidak sengaja membunuh pembantunya dan menyebabkan Devin bersumpah untuk membalas dendam.

Lamar Davis

Selain itu, Franklin mesti menyelamatkan seorang rakannya Lamar Davis daripada bekas rakannya iaitu Harold “Stretch” Joseph yang cuba membunuh mereka untuk membuktikan dirinya kepada geng barunya. Pada masa yang sama, Trevor cuba untuk menyatukan kawalannya ke atas pelbagai pasaran gelap di Blaine County, melancarkan perang melawan kelab motosikal penjahat The Lost, kumpulan jalanan Amerika Latin, pengedar dadah, firma keselamatan swasta Merryweather, dan kingpin Wei Cheng.

Setelah melanggar perjanjiannya dengan Dave dengan melakukan rompakan lagi, Michael telah dipaksa oleh Dave dan orang atasannya, Steve Haines untuk melakukan beberapa siri operasi bersama Franklin dan Trevor untuk menjejaskan International Affairs Agency (IAA).

Di bawah arahan Steve dan bantuan Lester, mereka menyerang konvoi yang membawa dana untuk IAA dan mencuri senjata kimia eksperimen dari makmal IAA. Memandangkan Steve dalam pengawasan, dia memaksa Michael dan Franklin memadamkan bukti terhadapnya daripada server FIB. Michael mengambil peluang untuk menghapuskan data mengenai aktivitinya dan memusnahkan pengaruh Steve ke atasnya.

Selepas Michael berdamai dengan keluarganya, dia mula merancang rompakan terakhirnya bersama Trevor, Franklin dan Lester untuk menyerbu rizab jongkong emas Union Depository. Walau bagaimanapun, Trevor mendapati bahawa Brad tidak dipenjarakan tetapi dibunuh semasa rompakan Ludendorff dan dikebumikan di kubur yang bernama Michael.

Trevor berasa dikhianati dan meninggalkan Michael untuk mati berikutan kebuntuan dengan pengikut Cheng. Perkara ini menyebabkan satu pertelingkahan dalam kumpulan dan mengancam untuk menjejaskan rancangan mereka.

Di samping itu, Steve mengkhianati Michael dan Dave yang membuatkan mereka terperangkap dalam kebuntuan Mexico diantara FIBN, IAA dan Merryweather. Trevor kembali untuk membantu Michael dan Dave serta bersetuju untuk melakukan rompakan Union Depository yang terakhir dan berpisah selepas itu.

Rompakan itu berjaya, tetapi Franklin kemudiannya didekati oleh Steve dan Dave, yang berpendapat bahawa Trevor dan Devin bertanggungjawab atas membalas dendam terhadap Michael. Franklin mempunyai tiga pilihan antara bunuh Trevor, bunuh Michael atau cuba menyelamatkan kedua-duanya dalam misi bunuh diri. Sekiranya Franklin memilih untuk membunuh sama ada Michael atau Trevor, dia menghentikan hubungan dengan lelaki yang dia selamatkan dan kembali ke kehidupan lamanya.

Jika tidak, Michael dan Trevor berdamai. Ketiga-tiga mereka, dibantu oleh Lamar dan Lester, menahan serangan daripada FIB dan Merryweather sebelum membunuh Cheng, Stretch, Steve dan Devin. Ketiga-tiga protagonis berhenti bekerja bersama tetapi kekal sebagai kawan.

Michael De Santa, Franklin Clinton dan Trevor Philips

Menarik kan jalan cerita GTA 5? Dengan kehidupan Michael yang sedang senang, jangan sangka tidak mempunyai masalah. Dengan secara tiba-tiba, datang satu masalah yang membawa dia kembali sebagai penjenayah dan membuat hidupnya porak peranda.

Game ini telah dilancarkan hampir ke semua platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox 360, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Jika anda berminat untuk mendapatkan game ini, anda boleh pergi ke kedai digital dan kedai fizikal mengikut platform masing-masing. Untuk mendapatkan berita menarik tentang francais GTA, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Franklin ClintonGTA VMichael De SantaTrevor Philips
Previous Post

Gamers Hideout meraih lebih RM500 ribu untuk projek biayasama, baru hari pertama

Next Post

Anime Chainsaw Man telah melepaskan trailer rasmi pertama!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Anime Chainsaw Man telah melepaskan trailer rasmi pertama!

Anime Chainsaw Man telah melepaskan trailer rasmi pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd