Sebagai salah satu duo paling ikonik dalam siri Naruto, kita semua tahu bahawa Sasuke dan Sakura akhirnya berkahwin bersama. Walaupun mereka mengambil masa yang agak lama untuk meluahkan perasaan antara satu sama lain, kisah permulaan cinta Sasuke dan Sakura tidak pernah ditunjukkan dalam anime mahupun manga.

Kini, seorang juruanimasi bagi siri Boruto telah berkongsi manga pendek (tidak rasmi kerana mengikut tafsiran pelukis) tentang permulaan hubungan cinta antara Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura.
Secara lebih khusus, seorang juruanimasi Boruto bernama Wyman telah berkongsi manga originalnya yang menceritakan bagaimana Sasuke dan Sakura akhirnya memulakan hubungan mereka, selepas bertahun-tahun dipisahkan oleh peristiwa yang mengancam dunia ninja dan keinginan Sasuke untuk membalas dendam demi kepupusan puaknya.
Selepas dimaafkan oleh kampung Konoha (pengakhiran Naruto: Shippuden), Sasuke memulakan perjalanan untuk menebus kesalahannya. Asalnya, dia enggan membenarkan Sakura menemaninya tetapi menunjukkan sedikit kasih sayang dengan mencucuk dahinya (yang digelar sebagai ungkapan cinta terhebat dalam keluarga Sasuke) lalu berjanji untuk berjumpa dengan Sakura bila dia balik.

Beberapa tahun kemudian, Sakura meyakinkan Sasuke untuk membenarkan dia menemaninya dalam perjalanan. Ketika itu, mereka saling jatuh cinta (bahagian ini diceritakan dalam manga pendek di atas, lalu mereka berkahwin. Bersama, Sakura kemudian melahirkan seorang anak perempuan bernama Sarada yang juga melambangkan pemulihan puak Uchiha.
Dalam Boruto: Naruto Next Generations, Sasuke kini bekerja sebagai ejen rahsia di Konoha. Malangnya, tugas ini sangat penting jadi Sasuke terpaksa meninggalkan rumah dan tidak balik hingga berbulan-bulan untuk menyelesaikan tugas yang diberi. Walaupun berjauhan, Sasuke masih menganggap Sakura dan Sarada sebagai dua orang terpenting dalam hidupnya dan ternyata perkahwinan mereka sangat bahagia.

Adakah korang berharap versi anime menceritakan permulaan cinta Sasuke dan Sakura? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post