Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston Umum Modul CUDIMM Prestasi Tinggi Untuk Memori FURY Renegade DDR5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2024
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi
0 0
0
Kingston Umum Modul CUDIMM Prestasi Tinggi Untuk Memori FURY Renegade DDR5
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston Technology telah mendedahkan modul CUDIMM bagi Kingston FURY Renegade DDR5 , yang direka khas untuk cipset Intel siri 800 terkini.

Cipset baru ini—yang sebelum ini diberi nama Arrow Lake—membawakan modul memori “Clock Driver-supported Unbuffered Dual Inline Memory Modules” (CUDIMM), yang pertama dalam industri untuk meningkatkan integriti isyarat memori dan prestasi keseluruhan.

Kredit: Kingston Technology

Cipset Intel siri 800, yang direka khusus untuk memanfaatkan kuasa DDR5 pada kelajuan ultra tinggi, mengintegrasikan Client Clock Driver (CKD) pada kedua-dua UDIMM dan SODIMM.

Beroperasi pada 6400MT/s, piawaian JEDEC kini memerlukan komponen CKD ini untuk menampung dan memacu semula isyarat jam dari pemproses, yang memastikan isyarat lebih bersih dan boleh dipercayai apabila sampai ke modul memori. JEDEC membezakan modul ini sebagai CUDIMM dan CSODIMM, menekankan evolusi teknologi dari DDR5 UDIMM dan SODIMM standard.

Kredit: Kingston Technology

Tersedia dalam Kingston FURY Renegade versi RGB dan bukan RGB, modul CUDIMM berprestasi tinggi ini mencapai kelajuan overclock yang mengagumkan sebanyak 8400MT/s. Ia ditawarkan sebagai modul single 24GB atau kit dual-channel 48GB.

Dengan penyambung 288-pin yang dikongsi antara CUDIMM dan UDIMM, pengguna akan menemui Kingston FURY UDIMM dengan profil XMP (Intel Extreme Memory Profile) dan EXPO (AMD Extended Profiles for Overclocking) yang serasi dengan papan induk baru Intel.

Kredit: Kingston Technology

Walau bagaimanapun, Kingston mengesyorkan untuk mengesahkan keserasian melalui Senarai Vendor Berkelayakan (QVL) papan induk atau menggunakan Kingston Configurator bagi mendapatkan kelajuan dan konfigurasi yang diinginkan.

“Pelancaran modul CUDIMM 8400MT/s kami mewakili pencapaian penting, membolehkan para profesional mencapai pengkomputeran berprestasi tinggi tanpa kompromi terhadap integriti isyarat,” kata Kingston.

“Modul ini telah diuji secara menyeluruh dan disahkan oleh pengeluar papan induk terkemuka, termasuk pensijilan Intel XMP pada papan induk Intel Z890 yang dipasangkan dengan pemproses Intel Core Ultra Series 2. Ini memastikan pengguna Kingston FURY dapat meningkatkan sistem mereka ke tahap baru dengan yakin.”

Kredit: Kingston Technology

Kingston FURY Renegade DDR5 CUDIMMs akan mula dikeluarkan pada awal Disember. Untuk maklumat lanjut, layari kingston.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KingstonKingston FURY Renegade DDR5
ShareTweetSend
Previous Post

11.11 Festival Kembali Dengan Diskaun Menarik Untuk Konsol, Aksesori & Game PS5!

Next Post

Sonic X Shadow Generations Jual Lebih 1 Juta Unit Di Seluruh Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic X Shadow Generations Jual Lebih 1 Juta Unit Di Seluruh Dunia!

Sonic X Shadow Generations Jual Lebih 1 Juta Unit Di Seluruh Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd