Kingston FURY, divisi gaming di bawah Kingston Technology, telah mengumumkan pelancaran RAM DDR5 (SODIMM) baru. Bagi gamer atau PC builder yang mahukan prestasi terkini untuk laptop, ini adalah pilihan yang sangat solid.

Kingston FURY Impact DDR5 adalah 50% lebih pantas daripada DDR4, manakala penggunaan kuasa yang rendah dan peningkatan kecekapan memastikan sistem anda sejuk pada 1.1V. Tersedia dalam kapasiti kit SODIMM Intel® XMP 3.0 sehingga 64GB, Kingston FURY Impact DDR5 mengumpul semua ciri DDR5 ke dalam faktor bentuk yang tipis dan padat.
Dengan teknologi overclocking Plug N Play dan on-die ECC (ciri yang boleh diaktifkan untuk kelajuan yang lebih tinggi), ia secara automatik menyokong 4800MT/s 2 pada latensi yang lebih rendah daripada DDR5-4800 standard – lantas meningkatkan prestasi sistem tanpa perlu mendayakan profil dan mengekalkan integriti data sambil mencapai kelajuan yang lebih tinggi.

Ciri dan Spesifikasi Kingston FURY Impact DDR5
- Prestasi DDR5 SODIMM: 50% lebih pantas daripada DDR4 untuk peningkatan dalam gaming, rendering dan
- multitasking.
- Fungsi Plug N Play Automatic Overclocking: Kingston FURY Impact DDR5 secara automatik dapat overclock ke kelajuan tersenarai tertinggi.
- Intel® XMP 3.0 Certified: Maksimumkan prestasi memori dengan ‘timing’ pra-optimum, kelajuan
- dan voltan untuk overclocking.
- Penggunaan Kuasa yang Lebih Rendah, Peningkatan Kecekapan: Pastikan sistem anda sejuk dan cekap dengan kuasa 1.1V.
- Peningkatan Kestabilan dengan On-Die ECC: Mengekalkan integriti data sambil mencapai kelajuan overclocking.
- Kapasiti:
- Single: 8GB, 16GB, 32GB
- Kit x2: 16GB, 32GB, 64GB
- Frekuensi: 4800 MT/s
- Latensi: CL38
- Voltan: 1.1V
- Suhu Operasi: 0°C hingga 85°C
- Dimensi: 69.6mm x 30mm
RAM Kingston FURY Impact DDR5 tersedia dalam modul single sehingga 32GB dan kit x2 hingga 64GB serta disokong oleh waranti seumur hidup (terhad). Boleh didapati pada harga bermula RM 336, korang boleh beli ram ini melalui Shopee atau Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kingston.com/gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post