Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston bawa prestasi next-gen dengan NV2 PCIe 4.0 NVMe SSD!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2022
in Artikel, Berita, PC, Teknologi
0 0
0
Kingston bawa prestasi next-gen dengan NV2 PCIe 4.0 NVMe SSD!
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston Technology hari ini mengumumkan pelancaran NV2 PCIe 4.0 NVMe SSD untuk mereka yang mencari prestasi Gen 4×4 NVMe PCIe dalam faktor bentuk yang padat, sesuai untuk komputer riba lebih nipis, faktor bentuk yang kecil (SFF) dan motherboard jenis DIY.

Kingston NV2 PCIe 4.0 NVMe SSD ialah solusi storan next-gen yang dikuasakan oleh controller NVMe Gen 4×4. Kingston NV2 memberikan kelajuan read/write sehingga 3,500/2,800MB/s untuk sistem keseluruhan lebih pantas untuk bersaing dengan pelbagai beban kerja, daripada Adobe hingga gaming.

Dengan keperluan dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, SSD membantu mengoptimumkan prestasi sistem. Reka bentuk M.2 2280 (22x80mm) satu sisi yang padat mengembangkan storan sehingga 2TB sambil menjimatkan ruang untuk komponen lain.

Kingston NV2 serasi dengan kedua-dua platform Gen3 dan Gen4, pengguna Gen3 boleh memanfaatkan prestasi NV2 sekarang dan masih boleh menggunakan pemacu SSD selepas mereka menaik taraf kepada platform Gen4. Sebagai solusi storan yang menjimatkan kos, NV2 sesuai untuk para pencipta dan gamer yang ingin meningkatkan prestasi PC mereka.

Tersedia dalam kapasiti dari 250GB – 2TB, NV2 akan memberikan ruang storan yang orang perlukan untuk aplikasi, dokumen, foto, video dan banyak lagi. Kingston juga menawarkan aplikasi Kingston SSD Manager yang membolehkan orang memantau kesihatan pemacu dan penggunaan cakera, mengemas kini perisian pemacu dan memadam data dengan selamat.

Berikut adalah spesifikasi

  • Faktor bentuk: M.2 2280
  • Interface: PCIe 4.0 x4 NVMe
  • Kapasiti: 250GB, 500GB, 1TB, 2TB
  • Read/write (berurutan):
    • 250GB – 3,000/1,300MB/s
    • o 500GB – 3,500/2,100MB/s
    • o 1TB – 3,500/2,100MB/s
    • o 2TB – 3,500/2,800MB/s
  • Dimensi: 22mm x 80mm x 2.2mm
  • Berat: 7g (All capacities)
  • MTBF: 1,500,000 hours
  • Waranti/sokongan: Waranti 3 tahun (terhad) dengan sokongan teknikal percuma

Malangnya, SSD ini masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Jika ya, saya akan laporkan kepada anda semua! Pada masa yang sama, anda boleh baca tentang produk ini melalui laman web rasmi Kingston.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Kingston, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KingstonKingston NV2SSD
Previous Post

Giveaway Black Adam – Peluang menangi set barangan premium, hanya komen saja!

Next Post

Lawatan Menarik Penuh Nostalgia Di HQ SEGA! Tempat Lahirnya Watak Ikonik, Sonic The Hedgehog!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Lawatan Menarik Penuh Nostalgia Di HQ SEGA! Tempat Lahirnya Watak Ikonik, Sonic The Hedgehog!

Lawatan Menarik Penuh Nostalgia Di HQ SEGA! Tempat Lahirnya Watak Ikonik, Sonic The Hedgehog!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd