Permainan mobile Battle Royale popular, Rules of Survival, telah bergabung dengan permainan pertempuran klasik SNK – King of Fighters Ultimate Match 98′! Bermula hari ini, pemain boleh bermain sebagai salah satu daripada lima watak legenda King of Fighters di PC dan mobile dalam Rules of Survival. Watak ikonik Mai Shiranui, Iori Yagami, Kyo Kusanagi, Athena Asamiya, dan Terry Bogard kini boleh didapati sebagai playable character dalam Battle Royale popular ini bersama item dan mode permainan bertemakan King of Fighters.
https://www.youtube.com/watch?v=pdZMPmouksA
Muat turun sekarang di App Store atau Google Play Store!
Hidupkan semula nostalgia permainan pertempuran arcade dengan watak-watak ini, yang direka oleh NetEase dan SNK khusus untuk Rules of Survival. Selain daripada playable character baru ini, Rules of Survival juga menerima item istimewa bertemakan King of Fighters seperti kereta lumba eksklusif Kyo dan Iori, senjata yang direka khas, sticker, avatar frame dan kad nama. Sekarang setiap pemain boleh mempamerkan minat King of Fighter mereka dalam permainan!
The striking ROS x KOF collaboration is on! Abundant bonuses and activities are ready and waiting. Log in now to make sure that you don’t miss out!#ROSxKOF pic.twitter.com/NfZ0SVA5Hr
— Rules of Survival (@RoS_Mobile) September 25, 2019
Selain itu, terdapat mode King of Fighter yang baru ditambah kepada permainan! Dalam mode ini, pemain bukan sahaja boleh melihat seperti watak kegemaran King of Fighter mereka, pemain juga boleh menggunakan kebolehan mereka. Setiap watak mempunyai serangan unik mereka sendiri dan dengan mengumpulkan tenaga, pemain dapat melepaskan serangan istimewa mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post