Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kimetsu no Yaiba pecahkan rekod sebagai manga, novel ringan, & filem paling terlaris 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 3, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Kimetsu no Yaiba pecahkan rekod sebagai manga, novel ringan, & filem paling terlaris 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kita bercakap tentang populariti manga untuk tahun 2020, ramai yang tidak boleh menyangkal kejayaan siri Kimetsu no Yaiba. Siri ini adalah salah satu francais terbesar di dunia anime sekarang, dan popularitinya hanya akan terus meningkat. Mungkin ramai yang sedih pada awal tahun ini ketika manga akhirnya berakhir dan setelah data baru dikumpulkan oleh Oricon, Kimetsu no Yaiba kini adalah adalah manga, novel ringan, dan filem paling laris pada tahun 2020!

Maklumat ini diberitahu pada awal minggu ini ketika Oricon mengira jumlah jualan siri untuk tahun lalu. Data tersebut, yang bermula daripada November 2019 hingga November 2020, membuktikan Kimetsu no Yaiba berjaya menghancurkan persaingan (termasuk One Piece), dan saya harus akui yang jurang antara tempat pertama dan kedua sangat jauh berbeza. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat!

*Senarai ini merangkumi penjualan daripada 18 November 2019 hingga 22 November 2020.*

Kimetsu no Yaiba covers the complete Top 3 of Oricon's Yearly Light Novel Sales Ranking, places 1st in Oricon's Yearly Light Novel Sales Ranking by Series, and also places in 1st, 2nd and 5th in Oricon's Yearly Individual Book Sales Ranking. pic.twitter.com/jjmHdEix3i

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) November 29, 2020

Manga terlaris di Jepun mengikut siri: 2020

(mengikut anggaran salinan yang dijual)
  1. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Koyoharu Gotouge) – 82,345,447
  2. Kingdom (Yasuhisa Hara) – 8,251,058
  3. ONE PIECE (Eiichiro Oda) – 7,709,667
  4. Haikyu!! (Haruichi Furudate) – 7,212,099
  5. Jujutsu Kaisen (Gege Akutami) – 6,702,73

Manga terlaris di Jepun mengikut jilid: 2020

(mengikut anggaran salinan yang dijual)
  1. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba jilid 18 – 4,243,312
  2. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba jilid 19 – 3,703,309
  3. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba jilid 1 – 3,645,580
  4. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba jilid 8 – 3,636,822
  5. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba jilid 7 – 3,636,822

Novel ringan terlaris di Jepun mengikut siri: 2020

(mengikut anggaran salinan yang dijual)
  1. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – 2,752,593
  2. Re:ZERO -Starting Life in Another World- – 732,314
  3. That Time I Got Reincarnated as a Slime – 606,700
  4. Sword Art Online – 564,235
  5. Kusuriya no Hitorigoto – 527,950

Filem Kimetsu no Yaiba: Mugen Train kini juga menjadi filem ke-5 paling terlaris sepanjang tahun 2020. Kedudukan terkini untuk filem terlaris tahun 2020 merangkumi:

劇場版「鬼滅の刃」無限列車編、公開45日間で観客動員 2053万2177人(興行収入 275億1243万8050円)と、大変多くの方にご覧いただき、心より御礼申し上げます。皆様それぞれの日々の中で、本作を楽しんでいただけていれば幸いです。今年も残り1ヶ月、引き続き、ご自愛下さい。#鬼滅の刃

— 鬼滅の刃公式 (@kimetsu_off) November 30, 2020

  1. The Eight Hundred – $461.2 juta
  2. Bad Boys for Life – $426.5 juta
  3. Tenet – $357.8 juta
  4. Sonic the Hedgehog – $320.9 juta
  5. Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Movie: Mugen Train – $265 juta

https://www.youtube.com/watch?v=ckqEMHDxL5A&t

Sumber- ANN 1, 2, 3

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemKimetsu No YaibaKimetsu no Yaiba: Mugen TrainKoyoharu Gotougemanganovel ringanrekod
Previous Post

Twin Mirror – thriller psikologi dari DONTNOD kini tersedia untuk PS4 & Xbox One!

Next Post

Muse Malaysia akan tayangkan musim terakhir Attack on Titan di aplikasi iQIYI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Muse Malaysia akan tayangkan musim terakhir Attack on Titan di aplikasi iQIYI!

Muse Malaysia akan tayangkan musim terakhir Attack on Titan di aplikasi iQIYI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd