Bersama dengan Final Fantasy VII Remake: Intergrade dan Final Fantasy 7: The First Soldier, Square Enix akhir sekali mendedahkan sejenis “remake” lain yang berkaitan dengan siri ini. Walaupun agak berbeza dari segi reka bentuk, Final Fantasy VII: Ever Crisis akan menceritakan semula keseluruhan kisah FFVII dalam format yang serba baru!
Bakal dilancarkan pada tahun depan, Final Fantasy VII: Ever Crisis adalah adaptasi dari saga FF7 untuk peranti mudah alih. Game ini akan keluar di platform iOS dan Android dan dikatakan sebagai “permainan single player yang berstruktur kepada bab“.
Perbezaan terbesar yang kita dapat lihat ialah Ever Crisis akan menceritakan kisah semua spin-off Final Fantasy VII sebagai tambahan kepada kisah utama. Ini dicipta untuk menjelaskan “keseluruhan sejarah FFVII” dan akan mengandungi bab yang berfokus pada Advent Children, Before Crisis, Crisis Core, dan Dirge of Cerberus.
Untuk aspek pertempuran, nampaknya Ever Crisis amat serupa dengan Final Fantasy VII yang lama. Dalam trailer di atas, kita akan mendapat sekilas pandang yang menunjukkan sistem turn-based permainan yang terkenal. Walaupun model watak kelihatan chibi ketika menjelajah dunia, dalam pertempuran, grafiknya akan beralih kepada model yang dilihat dalam Final Fantasy VII Remake.
Masih banyak lagi yang kita tidak tahu tentang Ever Crisis, tetapi ini adalah satu projek yang cukup menarik oleh Square Enix. Jika ada yang sedang mencari cara yang seronok untuk mengalami jalan cerita FF7, nampaknya Final Fantasy VII: Ever Crisis adalah jawapannya! Untuk segala liputan kami tentang Final Fantasy, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post